◉ HEADLINES

Kes buli: Empat pelajar MRSM Johor dibuang, 2 digantung

Tindakan tegas menyusul insiden buli di MRSM Johor apabila Jawatankuasa Disiplin memutuskan empat pelajar Tingkatan Lima disingkir serta-merta, manakala dua lagi digantung menunggu hasil siasatan polis — selepas amaran berulang kali tidak diendahkan

9:42 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Empat daripada enam pelajar Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) di Johor disingkirkan selepas terbabit kes buli.

Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (Mara), Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki, berkata hukuman itu diputuskan selepas Jawatankuasa Disiplin Maktab MRSM bersidang pagi semalam.

Beliau berkata, dua lagi pelajar digantung sehingga polis selesai menjalankan siasatan.

“Allah sahaja yang tahu perasaan saya apabila enam pelajar diambil oleh ibu bapa masing-masing pagi tadi (semalam) setelah JDM MRSM bersidang dan memutuskan untuk singkir mereka kerana kes buli. Namun, amaran berulang kali diberikan.

“Dua daripadanya digantung sehingga pengesahan diperoleh daripada pihak polis yang melakukan siasatan sama ada mereka juga turut terbabit melakukan sentuhan fizikal dalam kes buli tersebut,” katanya dalam perkongsian di Facebooknya semalam.

Kelmarin, Asyraf Wajdi mengarahkan Bahagian Pendidikan Menengah, Mara serta pihak pentadbir MRSM mengadakan mesyuarat dalam tempoh 24 jam bagi menyiasat dan menyingkirkan enam pelajar Tingkatan Lima yang disyaki terbabit.

Sebelum ini, beliau mendedahkan insiden itu terbongkar apabila ibu bapa seorang pelajar membuat perkongsian melalui Threads selepas anak mereka meminta bertukar keluar dari MRSM berkenaan kerana mendakwa tidak tahan menjadi mangsa buli.

Susulan laporan polis dibuat keluarga mangsa, enam pelajar Tingkatan Lima disyaki terbabit kini direman dua hari di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Bakri bagi membantu siasatan. – 1 Julai, 2026

Topics

 

◉ Hangat

Malaysian Nazmi a candidate to referee at 2026 football World Cup

National referee Muhammad Nazmi Nasaruddin has been selected as one of the main refereeing candidates for the 2026 FIFA World Cup in the United States, Canada, and Mexico, scheduled for June 11 to July 19, 2026.

Early Melaka, Johor polls could redefine BN-PH ties ahead of GE16: analysts

Barisan Nasional’s desire to contest the state elections without Pakatan Harapan would be a litmus test for its true strength, bargaining power, and future alliance strategy

Harimau Malaya’s fall in FIFA rankings prompts Taufiq Johari to demand FAM reforms and accountability

Youth and Sports Minister calls for urgent action as Malaysia drops to its lowest ranking in 17 years, urging long-term development and support for football

◉ Related