HEADLINES

Sultan Selangor teruja menanti pembinaan semula 5 projek LRT3 tertangguh

Sultan Sharafuddin bertitah pembinaan semula lima stesen tertangguh — Tropicana, Temasya, Raja Muda, Bukit Raja dan Bandar Botanik itu bakal memberi manfaat besar kepada penduduk Melayu di kawasan berdekatan

2:08 PM MYT

 

SHAH ALAM – Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah menzahirkan keterujaan menantikan siapnya lima stesen Transit Aliran Ringan 3 (LRT3) Laluan Shah Alam yang tertangguh — Tropicana, Temasya, Raja Muda, Bukit Raja dan Bandar Botanik — yang bakal memberi manfaat besar kepada majoriti penduduk Melayu di kawasan berhampiran.

Keterujaan baginda itu jelas terzahir apabila sanggup berdiri dari stesen Bandar Utama hingga ke Johan Setia di Klang ketika merasai sendiri pengalaman menaiki LRT3 hari ini.

Baginda turut diiringi Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Norashikin dan Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah.

“Alhamdulillah, akhirnya LRT3 Laluan Shah Alam ini siap dan boleh digunakan. Beta percaya ada hikmah daripada kelewatan ini.

“Alangkah baiknya kalau laluan LRT3 ini siap seperti perancangan asal kerana perkhidmatan tren ini adalah kemudahan pengangkutan awam yang penting untuk kesenangan rakyat”, titah baginda.

Sultan Sharafuddin Idris Shah (tengah) bergambar bersama Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Norashikin dan Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah ketika menaiki LRT3, hari ini. – Gambar Scoop, 13 Julai, 2026

Baginda turut menzahirkan rasa syukur kerana projek infrastruktur pengangkutan awam yang sekian lama dinantikan akhirnya menjadi kenyataan, sekali gus meningkatkan mutu kehidupan rakyat, mengurangkan kesesakan lalu lintas serta menyediakan sistem pengangkutan awam yang lebih cekap, selesa dan mampan.

Sultan Selangor turut memuji kesabaran rakyat negeri itu menantikan siapnya projek mega ini, sambil menegaskan bahawa kelewatan pembinaan pasti ada hikmah yang ingin ditunjukkan Allah S.W.T.

@scoopdotmy Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah menzahirkan keterujaan menantikan siapnya lima stesen Transit Aliran Ringan 3 (LRT3) Laluan Shah Alam yang tertangguh — Tropicana, Temasya, Raja Muda, Bukit Raja dan Bandar Botanik — yang bakal memberi manfaat besar kepada majoriti penduduk Melayu di kawasan berhampiran. Keterujaan baginda itu jelas terzahir apabila sanggup berdiri dari stesen Bandar Utama hingga ke Johan Setia di Klang ketika merasai sendiri pengalaman menaiki LRT3 hari ini. #SultanSelangor #LRT3 #LRTShahAlam #Selangor ♬ original sound – Scoopdotmy

Sepanjang projek selama hampir 11 tahun itu, lebih 13,000 individu daripada pelbagai disiplin dan kepakaran terlibat, termasuk jurutera, juruteknik, tenaga mahir, pekerja pembinaan serta pasukan keselamatan.

Sultan Selangor turut merakamkan penghargaan kepada Prasarana Malaysia Berhad, Malaysian Resources Corporation Bhd (MRCB) dan semua pihak yang menjayakan projek ini, sambil berpesan agar rakyat memanfaatkan sepenuhnya perkhidmatan tren moden tersebut demi budaya mobiliti lestari masa depan.

Terdahulu, baginda menzahirkan ucapan terima kasih dan syabas kepada Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana menghidupkan semula serta memperkukuh projek Laluan LRT3 Shah Alam selepas mengambil alih pentadbiran, termasuk mengembalikan lima stesen yang sebelum ini telah dibatalkan. – 13 Julai, 2026

Topics

 

Hangat

MACC probes UKM’s RM58.45 million tenders over rule breaches flagged by Auditor-General

Anti-graft agency reviewing claims of negligence, irregular approvals and missing oversight in university’s procurement process

KLIA ranks 60th in Skytrax’s 100 top airports for 2026

Malaysia’s air transport hub is five spots better than its placement last year

Perlis Menteri Besar cuts own salary by RM3,000 to help ‘reduce state’s burden’

Datuk Seri Abu Bakar Hamzah announces RM1,500 pay cuts for Exco members as part of efforts to support the people and reduce the state’s financial burden

Related