◉ HEADLINES

Sultan Mizan berada dalam keadaan sihat: Datuk Pengelola Seri Bijaya Diraja

Dalam kenyataan yang dikongsikan Jabatan Penerangan Malaysia, rawatan susulan akan diteruskan seperti yang dijadualkan oleh pasukan perubatan baginda di luar negara

11:50 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Sultan Terengganu Sultan Mizan Zainal Abidin kini berada dalam keadaan sihat dan akan meneruskan rawatan susulan seperti yang dijadualkan oleh pasukan perubatan baginda di luar negara.

Datuk Pengelola Seri Bijaya Diraja Datuk Mohd Sophian Abu Bakar dalam kenyataan yang dikongsikan Jabatan Penerangan Malaysia hari ini memaklumkan Sultan Mizan turut menzahirkan setinggi-tinggi penghargaan serta ucapan terima kasih kepada seluruh rakyat yang sentiasa mendoakan kesihatan dan kesejahteraan baginda.

“Semoga Allah SWT terus mengurniakan kesihatan yang baik dan berpanjangan kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan serta dipermudahkan segala urusan baginda,” menurut kenyataan itu. – July 25, 2026

Topics

 

◉ Hangat

AFC to name 2031 and 2035 Asian Cup hosts in joint announcement

Record number of bids for 2031 edition prompts AFC to consider back-to-back host decisions at upcoming congress

Malaysia Airlines tops domestic flight punctuality rankings of 85.3%

National carrier led on-time performance up to May 2025, as government enforces stricter rules on delays and passenger compensation

Cops on manhunt for suspects who murdered college student in Cyberjaya

Sepang police confirm incident happened today, involving 20-year-old female victim

◉ Related