HEADLINES

Sabah, Sarawak tidak wajar dinilai berdasar jumlah kerusi Parlimen semata-mata : Shafie Apdal

Shafie berkata kekuatan Malaysia bukan hanya terletak pada angka atau majoriti mudah di Parlimen semata-mata sebaliknya adalah pada penghormatan terhadap hak serta kedudukan Sabah dan Sarawak sebagai rakan pengasas Malaysia

5:55 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Sabah dan Sarawak tidak seharusnya dilihat hanya dari sudut jumlah kerusi Parlimen semata-mata kerana pembentukan Malaysia diasaskan atas semangat perkongsian yang termaktub dalam Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) dan Perlembagaan Persekutuan.

Presiden Parti Warisan, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal ketika menegaskannya berkata, kekuatan Malaysia bukan hanya terletak pada angka atau majoriti mudah di Parlimen.

Sebaliknya, kata beliau adalah pada penghormatan terhadap hak serta kedudukan Sabah dan Sarawak sebagai rakan pengasas Malaysia.

“Malaysia dibina atas asas perkongsian, bukannya semata-mata soal bilangan kerusi. Apa yang dipersetujui dalam Perlembagaan dan MA63 mesti terus dihormati tanpa mengira siapa yang membentuk kerajaan,” katanya, yang dipetik dari portal Berita Warisan.

Beliau berkata demikian dalam ketika ditemu bual dalam podcast BFM Radio bagi mengulas kenyataan bahawa gabungan parti di Semenanjung mungkin mampu membentuk Kerajaan Persekutuan tanpa bergantung kepada parti-parti dari Sabah dan Sarawak selepas Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.

Shafie turut berpandangan landskap politik negara yang semakin berpecah menjadikan kerjasama antara Semenanjung, Sabah dan Sarawak terus penting bagi membentuk sebuah kerajaan yang stabil dan benar-benar mewakili seluruh Persekutuan.

Sehubungan itu, Shafie berkata perjuangan untuk memastikan hak-hak Sabah dan Sarawak dipenuhi akan terus menjadi keutamaan, termasuk tuntutan yang telah termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan dan MA63. – 4 Ogos, 2026

Topics

 

Hangat

Ismail sahkan Exco sebulat suara iktiraf penurunan takhta Tuanku Muhriz

MB Negeri Sembilan mengarahkan Setiausaha Kerajaan Negeri meneruskan pewartaan Surat Cara Proklamasi, membelakangkan ketetapan Dewan Keadilan dan Undang serta amaran peguam baginda

Inside the Bandar Utama school tragedy: a timeline of the shocking fatal stabbing

A look at the events surrounding the stabbing of a 16-year-old student, with ongoing investigations into the suspect's motives and the role of online violence

SMART team leaves for Nepal, to focus on last known area of missing Malaysians

11-member team will be in disaster area for 10 days

Related