HEADLINES

RCI Tabung Haji: Keluar Dewan bukti pembangkang tak matang, main drama politik, bidas Ibrahim Ali

Ibrahim Ali mempersoalkan adakah Dewan wajar ditangguhkan semata-mata disebabkan ketidakhadiran Perdana Menteri sedangkan terdapat dua Timbalan Perdana Menteri serta berpuluh ahli Kabinet yang lain yang terlibat dalam urusan kerajaan

3:51 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Tindakan pembangkang yang keluar Dewan Rakyat dan tidak mengambil bahagian dalam perbahasan Laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) berkaitan Lembaga Tabung Haji (TH) disifatkan sebagai drama politik yang tidak matang dan kebudak-budakan.

Presiden Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (PUTRA), Datuk Ibrahim Ali berkata, tindakan pembangkang itu mudah sahaja untuk difahami apabila alasan yang diberikan ialah Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sendiri perlu hadir bagi membentangkan laporan dan menjawab segala persoalan.

Sedangkan, katanya, terdapat dua Timbalan Perdana Menteri dan ahli Kabinet lain yang turut terlibat dalam urusan kerajaan.

“Apakah tanpa kehadiran PM yang menjalani rawatan perlu atau wajib hadir atau Sidang Dewan wajar ditangguhkan?

“Bukankan kerajaan ditadbir oleh Kabinet dan ada dua Timbalan Perdana Menteri serta berpuluh ahli Kabinet?

“Bukankah urusan kerajaan adalah tanggungjawab kolektif anggota Kabinet? Perbahasan direkod dan boleh dirujuk. PM boleh mengikuti perbahasan melalui online atau siaran TV,’’ soalnya.

Sebahagian Ahli Parlimen pembangkang menarik diri dari meneruskan Sidang Khas Laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) berhubung Lembaga Tabung Haji di Parlimen, hari ini. – Gambar Bernama, 11 Ogos, 2026

Terdahulu, Ahli-ahli Parlimen pembangkang membuat kejutan apabila bertindak keluar dewan (walkout) dan tidak menyertai sidang khas bagi membincangkan Laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) Tabung Haji (TH) di Dewan Rakyat, pagi ini.

Tindakan drastik itu diambil selepas usul mereka untuk menangguhkan sidang khas berkenaan ditolak oleh Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul.

Ketua Whip Perikatan Nasional (PN), Datuk Seri Takiyuddin Hasan sebelum itu membangkitkan Peraturan Mesyuarat 13 bagi memohon supaya sidang khas itu ditangguhkan atas alasan ketidakhadiran Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Semalam, Ketua Pasukan Perubatan kepada Perdana Menteri, Datuk Dr Asri Ranga Abdullah Ramaiah mengesahkan Anwar selamat menjalani prosedur pembedahan laparoskopi secara elektif bagi merawat hernia perut (para-umbilical hernia).

Berikutan itu, Setiausaha Akhbar Kanan Perdana Menteri, Tunku Nashrul Abaidah menerusi satu kenyataan memaklumkan Perdana Menteri memohon maaf kerana tidak dapat hadir ke sidang khas tersebut dan dijangka berada di bawah pemantauan selama dua hari.

Mengulas lanjut, Ibrahim mendakwa tindakan pembangkang itu adalah bagi membuktikan betapa besar pengorbanan membela Umno kerana RCI TH melibatkan pemimpin-pemimpin Umno.

“Justeru itu, Umno akan terkenang budinya kepada PAS dan sekutu sejiwanya, maklumlah yang terlibat dalam penyelewengan pendedahan RCI TH adalah pemimpin-pemimpin dari Umno.

“Mereka bersedia bersama demi cinta yang dirujuk semula walaupun janda ini dah lakukan macam-macam hal,’’ katanya.

Justeru Ibrahim meminta pembangkang supaya berhenti bermain drama politik sebaliknya membela rakyat dan menegakkan kebenaran. – 11 Ogos, 2026

Topics

 

Hangat

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

InDrive faces termination for flouting guidelines

It is the second Russian e-hailing app after Maxim to face ban by Land Public Transport Agency

Duck and cover? FashionValet bought Vivy’s 30 Maple for RM95 mil in 2018

Purchase of Duck's holding company which appears to be owned wholly by Datin Vivy Yusof and husband Datuk Fadzarudin Shah Anuar was made same year GLICs invested RM47 mil

Related