HEADLINES

Kalah PRN: Jangan salahkan pengundi, rakyat tidak berhutang undi kepada mana-mana parti – Kamil Munim

Kekalahan pada PRN baru-baru ini perlu dijadikan ruang untuk PKR melakukan refleksi diri dan memperbaiki kelemahan parti

8:52 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Keputusan Pilihan Raya Negeri (PRN) baru-baru ini menuntut PKR supaya bermuhasabah dan tidak menyalahkan pengundi atas kekalahan yang dialami sebaliknya mencari sebab mengapa sebahagian rakyat masih belum yakin kepada parti berkenaan.

Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Muhammad Kamil Ahmad Munim ketika menyampaikan ucapan dasar sempena perasmian Kongres Nasional AMK malam tadi berkata, kekalahan itu perlu dijadikan ruang untuk PKR melakukan refleksi diri dan memperbaiki kelemahan parti.

“Jangan salahkan rakyat, jangan marah pada pengundi kerana tidak mengundi kita. Rakyat tidak berhutang kepada kita tetapi kita yang perlu beri penjelasan kepada mereka dan bertanya kenapa sebahagian daripada mereka tidak yakin kepada kita.

“Rakyat tidak berhutang undi kepada mana-mana parti, kitalah yang berhutang penjelasan kepada rakyat,’’ katanya ketika dalam Ucapan Dasar pada Perasmian Kongres Nasional AMK 2026, di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC) , Melaka, malam tadi.

Majlis berkenaan turut dihadiri Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Dr. Zaliha Mustafa; bekas Ketua AMK, Adam Adli Abdul Halim dan Datuk Seri Dr. Shamsul Iskandar Mohd. Akin dan Ketua Pemuda Parti Amanah Negara (Amanah), Mohd. Hasbi Muda.

Kongres Nasional PKR 2026 selama dua hari itu bakal menghimpunkan lebih 2,500 perwakilan dan 3,000 pemerhati dari seluruh negara dengan tumpuan antaranya agenda reformasi dalam Kerajaan Perpaduan serta persiapan parti menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka.

Pada PRN Negeri Sembilan baru -baru ini, Pakatan Harapan (PH) memenangi 11 daripada 36 kerusi di Negeri Sembilan, berbanding 17 kerusi pada pilihan raya sebelumnya.

Sebelum itu, dalam PRN Johor, PH hanya memenangi lapan daripada 56 kerusi yang dipertandingkan.

Dalam pada itu, beliau berkata PKR perlu memberikan jawapan lebih baik kepada naratif pihak tertentu yang cuba menimbulkan kebimbangan dalam kalangan pengundi dengan memainkan isu Melayu dan Islam terancam di bawah kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Muhammad Kamil berkata kegagalan menjawab keresahan rakyat akan membuka ruang kepada pihak lain mengisinya dengan naratif ketakutan dan kecurigaan.

Justeru PKR, katanya, perlu menawarkan ‘politik keyakinan’ dengan memastikan kepentingan Melayu serta kedudukan Islam terus terpelihara dalam kerangka Malaysia yang adil dan menghormati kepelbagaian.

“Tugas kita memberikan jawapan kepada keresahan ini kerana kalau kita meninggalkan ruang tersebut kosong, orang lain akan mengisinya dengan ketakutan… kalau kita tidak memberikan keyakinan, orang lain akan menjualnya dengan kecurigaan… maka, kita mesti menawarkan sesuatu yang lebih besar iaitu politik keyakinan,” katanya. – 14 Ogos, 2026

Topics

 

Hangat

InDrive faces termination for flouting guidelines

It is the second Russian e-hailing app after Maxim to face ban by Land Public Transport Agency

DoSM estimates Malaysia’s population to be 34.1 mil in 2024

Three states with the highest population are Selangor, Johor, Sabah

Cleared for layoffs? AirAsia to retrench 20% of workforce in major cost-cutting move

This allegedly involves cabin services, cargo and logistics, engineering and maintenance, as well as the commercial division, according to Scoop’s source

Related