HEADLINES

Sambutan Hari Kebangsaan 2026 di Dataran Putrajaya diadakan seperti biasa : Fahmi

Fahmi berkata pihaknya akan membuat penilaian semasa berhubung situasi jerebu, termasuk keperluan melaksanakan tindakan berkaitan seperti pembenihan awan daripada Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA)

1:46 PM MYT

 

PUTRAJAYA – Sambutan Hari Kebangsaan 2026 di Dataran Putrajaya pada 31 Ogos ini, setakat ini akan diadakan seperti biasa, kata Menteri Komunikasi Datuk Seri Fahmi Fadzil.

Pengerusi Jawatankuasa Induk Sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia (HKHM) 2026 itu berkata ketetapan tersebut, dibuat dalam mesyuarat khas bersama-sama beberapa agensi semalam susulan situasi semasa keadaan jerebu di lokasi penganjuran.

“Kita telah membuat keputusan bahawa sekiranya keadaan (jerebu) seperti yang sedia ada pada pagi ini dan semalam, kita akan teruskan dengan acara pada hari Isnin (31 Ogos),” katanya dalam sidang media selepas raptai penuh sambutan Hari Kebangsaan 2026, serta menyantuni petugas perarakan di Dataran Putrajaya, di sini. 

Fahmi berkata pihaknya akan membuat penilaian semasa berhubung situasi jerebu, termasuk keperluan melaksanakan tindakan berkaitan seperti pembenihan awan daripada Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA).

“(Pembenihan awan) akan bergantung sama ada terdapat awan yang boleh dibenihkan. Jadi penilaian daripada pihak NADMA itu, akan dimaklumkan kepada pihak jawatankuasa. 

“Kita harap menjelang hari ini dan esok boleh diadakan pembenihan awan, tetapi semua tertakluk kepada pandangan dan dapatan daripada Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia),” katanya.

Beliau berkata pihaknya menjangkakan kehadiran lebih 80,000 pengunjung kali ini, berikutan cuti sekolah selain kemudahan pengangkutan disediakan pihak penganjur.

“Tahun ini pihak Prasarana Malaysia Bhd, menyediakan kemudahan pengangkutan MRT selama 24 jam, jadi ramai yang nak datang, ia akan memudahkan mereka untuk datang.

“Kita juga ada mod transportasi seperti bas-bas yang disediakan daripada stesen MRT ke tapak dan juga water taxi. Jadi banyak daripada kemudahan ini disediakan dan kita percaya ramai yang akan hadir,” katanya.

Bertemakan “Malaysia MADANI: Kesejahteraan Dinikmati”, sambutan Hari Kebangsaan ke-69 akan diadakan di Dataran Putrajaya dengan jangkaan lebih 80,000 pengunjung hadir menyaksikan bagi menyemarakkan hari yang penuh bersejarah itu. – 29 Ogos, 2026

Topics

 

Hangat

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

Influencer who recited Quran at Batu Caves accused of sexual misconduct in Netherlands

Abdellatif Ouisa has targeted recently converted, underage Muslim women, alleges Dutch publication

Apad confirms inDrive licence revoked effective July 24, but company can appeal

Russian-based company can file appeal through the agency for the Transport Ministry's consideration

Related