HEADLINES

Aset beku: Keupayaan bayar denda RM50 juta di luar kawalan, Najib kekal di Penjara Kajang: Peguam

Sehingga denda tersebut dibayar, Najib kekal di Penjara Kajang

12:26 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang menerima pengampunan bersyarat pada Jumaat, akan kekal di Penjara Kajang memandangkan keupayaannya untuk membayar denda RM50 juta berada di luar kawalan beliau.

Peguamnya, Tetuan Shafee & Co. dalam kenyataannya berkata, ini kerana sebahagian sebahagian besar aset, akaun bank dan hartanah Najib masih tertakluk kepada perintah pembekuan dan prosiding penguatkuasaan oleh kerajaan serta pelupusannya pada masa ini bukan di bawah kawalan tunggal beliau.

Justeru katanya, keupayaan Najib untuk memenuhi syarat tersebut sebahagiannya bergantung kepada perkara-perkara yang berada di luar kawalan beliau.

“Pengampunan yang diberikan adalah pengampunan bersyarat. Seperti yang dinyatakan dengan jelas dalam pengumuman tersebut, pemindahan anak guam kami ke tahanan rumah bergantung kepada pemenuhan syarat-syarat yang ditetapkan.

“Sementara itu, dan sehingga denda tersebut dibayar kepada mahkamah, anak guam kami kekal di Penjara Kajang. Anak guam kami dan pasukan guaman kini sedang meneliti syarat-syarat tersebut serta implikasi praktikalnya,’’ katanya.

Datuk Seri Najib Razak. – Gambar fail Bernama, 20 September, 2026

Pada Jumaat, Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim berkenan memberikan pengampunan bersyarat kepada Najib dengan membenarkan beliau menjalani baki hukuman secara tahanan di rumah hingga 23 Ogos 2028.

Menurut Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang (BHEUU) Jabatan Perdana Menteri, pengampunan bersyarat itu yang diputuskan Mesyuarat Lembaga Pengampunan Ke-64 bagi Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya di Istana Negara, tertakluk pembayaran denda RM50 juta serta pematuhan syarat ditetapkan.

Berikutan itu, Umno telah melancarkan Tabung Solidariti Najib untuk membantu bekas Najib Razak denda RM50 juta yang ditetapkan sebagai syarat untuk menjalani baki hukuman kes rasuahnya di bawah tahanan rumah.

Setakat Sabtu, sebanyak RM1 juta berjaya dikumpul oleh Umno.

Dalam pada itu, peguam Najib berkata, bekas Ahli Parlimen Pekan itu juga amat tersentuh dengan curahan sokongan yang diterimanya sejak pengumuman tersebut daripada Umno dan orang ramai.

Bagaimanapun, katanya, walaupun Najib amat tersentuh dengan ungkapan solidariti tersebut, beliau tidak mahu parti, anggota dan penyokongnya, atau orang ramai berasa terbeban atau berkewajipan kerana beliau.

“Beliau tetap amat berterima kasih kepada mereka yang, atas kehendak sendiri dan mengikut kemampuan masing-masing, memilih untuk menawarkan sokongan dan bantuan. Kebaikan mereka menjadi sumber kekuatan yang besar kepadanya pada ketika ini,’’ katanya.

Peguamnya juga memberitahu, Najib merakamkan penghargaan khusus kepada Timbalan Perdana Menteri yang juga Presiden Umno, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, kepimpinan dan ahli Umno serta Barisan Nasional (BN) yang terus memberikan sokongan kepadanya sepanjang tempoh ini.

“Anak guam kami turut berterima kasih kepada ramai rakyat Malaysia yang tampil menawarkan bantuan bagi memenuhi syarat yang dikenakan. Beliau amat terharu kerana begitu ramai yang mahu berdiri bersamanya.

“Walaupun anak guam kami amat tersentuh dengan ungkapan solidariti tersebut, beliau tidak mahu parti, anggota dan penyokongnya, atau orang ramai berasa terbeban atau berkewajipan kerana beliau,’’ katanya.

Najib, katanya amat berterima kasih kepada mereka yang, atas kehendak sendiri dan mengikut kemampuan masing-masing, memilih untuk menawarkan sokongan dan bantuan.

Kebaikan mereka, katanya menjadi sumber kekuatan yang besar kepadanya pada ketika ini.

Najib, katanya, turut merakamkan penghargaan kepada Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim kerana berkenan menggunakan prerogatif pengampunan diraja demi kepentingan beliau, dengan memperkenankan pengampunan bersyarat yang membolehkan beliau menjalani baki hukumannya di bawah tahanan rumah.

“Anak guam kami menerima keputusan Kebawah Duli Yang Maha Mulia dengan penuh rendah diri.

“Anak guam kami turut merakamkan penghargaan kepada Lembaga Pengampunan bagi Wilayah Persekutuan atas pertimbangannya terhadap petisyen pengampunan beliau,’’ katanya yang turut memaklumkan tidak akan memberikan sebarang komen lanjut buat masa ini. – 20 September, 2026

Topics

 

Hangat

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

InDrive faces termination for flouting guidelines

It is the second Russian e-hailing app after Maxim to face ban by Land Public Transport Agency

Cleared for layoffs? AirAsia to retrench 20% of workforce in major cost-cutting move

This allegedly involves cabin services, cargo and logistics, engineering and maintenance, as well as the commercial division, according to Scoop’s source

Related