HEADLINES

Suspek sakit mental campak budak 5 tahun ke sungai direman tujuh hari

Seorang lelaki dipercayai bermasalah mental yang mengamuk serta mencampak anak saudaranya berusia lima tahun ke dalam sungai hingga maut kini direman tujuh hari bagi membantu siasatan kes bunuh

10:51 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Suspek yang mengamuk dan mencampak anak saudaranya hingga maut ke dalam sungai di Kampung Padang, Tanjung Sedili, berada bawah tahanan reman selama sembilan hari bagi membantu siasatan kes itu.

Perintah reman sehingga 28 September itu dikeluarkan Hakim Hafizah Abdul Rajak di Mahkamah Sesyen di Kota Tinggi, pagi tadi, selepas membenarkan permohonan polis bagi siasatan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Suspek berusia 37 tahun yang memakai kemeja-T biru tiba di mahkamah kira-kira jam 9 pagi dengan kawalan ketat anggota polis selepas menerima rawatan di Hospital Kota Tinggi.

Dalam kejadian jam 9.30 pagi semalam, lelaki yang dipercayai mempunyai masalah kesihatan mental itu bukan sahaja bertindak kejam mencampak mangsa berusia lima tahun ke dalam sungai, malah turut mengamuk dan mengejar seorang lelaki tempatan dengan parang.

Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Supt Yusof Othman berkata, pihaknya bergegas ke lokasi sebaik menerima maklumat sebelum berlaku pergelutan sengit ketika tangkapan dilakukan.

“Sejurus tiba di lokasi kejadian, berlaku pergelutan antara polis dengan suspek hingga menyebabkan seorang anggota polis mengalami kecederaan, namun suspek berjaya ditahan,” katanya.

Mayat kanak-kanak malang itu disahkan maut di tempat kejadian oleh pembantu pegawai perubatan sebelum dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Pasir Gudang bagi proses bedah siasat hari ini.

Siasatan terperinci mengenai punca dan motif kejadian masih dijalankan. – 22 September, 2026

Topics

 

Hangat

Influencer who recited Quran at Batu Caves accused of sexual misconduct in Netherlands

Abdellatif Ouisa has targeted recently converted, underage Muslim women, alleges Dutch publication

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

Apad confirms inDrive licence revoked effective July 24, but company can appeal

Russian-based company can file appeal through the agency for the Transport Ministry's consideration

Related