HEADLINES

Rumah Ahli Parlimen DAP Beruas, Ngeh Koo Ham terbakar, dipercayai perbuatan khianat

Anthony Loke berkata beliau telah dimaklumkan oleh Koo Ham bahawa rumahnya telah diserang dengan 'molotov cocktail' sehingga menyebabkan kebakaran yang memusnahkan salah sebuah keretanya

9:05 AM MYT

 

KUALA LUMPUR — Rumah Ahli Parlimen Beruas, Datuk Ngeh Koo Ham di Ayer Tawar, Perak, terbakar pada awal pagi ini, namun tiada mangsa dilaporkan cedera.

Kejadian itu telah dimuatnaik di dalam Facebook Koo Ham yang memaklumkan kebakaran berkenaan berjaya dikawal.

“Kejadian kebakaran berlaku di rumah Ahli Parlimen Beruas pada tengah malam tadi. Kebakaran dapat dibendung dan tiada mangsa dilaporkan cedera,’’ kata kenyataan di Facebook beliau yang ditulis oleh Admin, pagi ini.

Tiga buah kenderaan milik beliau dilaporkan musnah dalam kebakaran di kediamannya di Taman Semarak Jaya itu.

Dalam pada itu, Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke berkata beliau telah dimaklumkan oleh Koo Ham bahawa rumahnya telah diserang dengan “molotov cocktail” sehingga menyebabkan kebakaran yang memusnahkan salah sebuah keretanya.

“Bomba sempat memadamkan api dan mengelak kebakaran tersebut merebak ke dalam bangunan kediamannya.

“Laporan polis telah dibuat dan kami yakin pihak polis akan bertindak tegas dan cepat untuk menyiasat dan menangkap pihak yang bertanggungjawab dalam jenayah tersebut,’’ katanya dalam kenyataan hari ini.

Anthony turut memberitahu, beliau mewakili seluruh pimpinan DAP berasa simpati dan bersolidariti dengan keluarga Ahli Parlimen Beruas itu dalam kejadian keganasan tersebut.

DAP, katanya mengutuk sekeras-kerasnya tindakan serangan ganas tersebut yang telah mengancam nyawa Koo Ham dan keluarga beliau.

“Saya menegaskan bahawa apa sahaja bentuk unsur keganasan tidak boleh diterima sekali dalam menangani perbezaan dalam masyarakat kita.

“DAP juga menyeru pihak Kementerian Dalam Negeri dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) supaya mengambil perhatian serius dalam kejadian ini dan memastikan keselamatan dan ketenteraman awam sentiasa terjaga,’’ katanya. – 10 Januari, 2024

Topics

 

Hangat

Is there something deeper going on in DAP’s attacks against the MACC?

With its own leaders and associates under investigation, could the DAP be using the Reformist card to protect its own? Political analysts weigh in

Cycling body seeks common ground as Beasley row escalates

Amarjit calls for dialogue with Beasley, says federation and NSC working to resolve talent pipeline concerns amid growing unease among coaches

Malaysia must remain firm against Jho Low’s US pardon bid: Gobind

DAP chairman emphasises that all individuals linked to the 1MDB scandal must be held accountable without exception

Related