◉ HEADLINES

Anwar tinjau garaj Mercedes, hadiri majlis bersama Putera Mahkota Bahrain

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengadakan lawatan ke Litar Antarabangsa Sepang (SIC) bagi meninjau persiapan F1 Grand Prix Gulf Air Bahrain di Malaysia, menyemarakkan kepulangan semula sukan permotoran paling berprestij dunia itu ke tanah air selepas sembilan tahun

10:12 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim turun ke Litar Antarabangsa Sepang (SIC) hari ini bagi menyaksikan sendiri kehangatan sesi kelayakan Formula Satu (F1) Grand Prix (GP) Gulf Air Bahrain di Malaysia serta meninjau kelancaran penganjuran acara berkenaan.

Ketibaan beliau pada jam 4.50 petang disambut oleh Ketia Setiausaha Negara Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Petronas Tan Sri Tengku Muhammad Taufik, serta Pengerusi SIC Datin Anita Azrina Abdul Aziz.

Anwar meluangkan masa selama 15 minit melawat kawasan pit pasukan Mercedes-AMG Petronas bagi melihat secara dekat persiapan teknikal jentera sebelum menghadiri majlis makan malam di kawasan paddock yang dianjurkan oleh Putera Mahkota merangkap Perdana Menteri Bahrain, Putera Salman bin Hamad Al-Khalifa.

Penganjuran perlumbaan GP Bahrain di Sepang kali ini menandakan detik bersejarah kepulangan F1 ke Malaysia selepas kali terakhir dianjurkan pada 2017.

Persetujuan khas yang dicapai pada Julai lalu antara F1, Persekutuan Automobil Antarabangsa (FIA), serta Kerajaan Malaysia dan Bahrain membolehkan acara pusingan 2026 ini dipindahkan ke Sepang ekoran situasi geopolitik semasa di West Asia.

Hasil kerjasama diplomatik yang turut melibat pembabitan Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim serta Raja Hamad bin Isa Al-Khalifa dari Bahrain, Sepang sekali lagi menjadi tumpuan peminat permotoran global menjelang perlumbaan kemuncak 56 pusingan yang dijadualkan bermula jam 3 petang esok. – 3 Oktober, 2026

Topics

 

◉ Hangat

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

InDrive faces termination for flouting guidelines

It is the second Russian e-hailing app after Maxim to face ban by Land Public Transport Agency

Apad confirms inDrive licence revoked effective July 24, but company can appeal

Russian-based company can file appeal through the agency for the Transport Ministry's consideration

◉ Related