KUALA LUMPUR – Semua penerima Skim Tunai Rahmah (STR) akan menerima bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) sehingga RM150 ringgit sebulan atau sehingga RM1,800 setahun, yang akan memberikan manfaat kepada sehingga 9 juta penerima bagi peruntukan Sara 2027.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, peruntukan STR SARA 2027 itu ditingkatkan kepada RM16 bilion, berbanding RM15 bilion sebelum ini.
“Selain penerima STR yang berumur 18 tahun ke atas, akan menerima Sara Madani sebanyak RM100 sebanyak dua kali, sebelum Aidilfitri dan menjelang ambang 7 dasawarsa Merdeka.
‘Ini akan memanfaat sehingga RM13 juta rakyat Malaysia termasuk golongan M40,’’ katanya.
Beliau memberitahu, kerajaan bersetuju penggunaan Sara kepada barangan basah dan segar, yang boleh dibeli di 216 pasar tani atau tamu di bawah FAMA seluruh negara,’’ katanya. – 9 Oktober, 2026
