◉ HEADLINES

Tiada syarikat perladangan Malaysia terbabit aktiviti pembakaran di Indonesia : Fahmi

Semakan silang yang dijalankan mendapati kebanyakan aktiviti pembakaran tidak berlaku di dalam konsesi sawit milik syarikat Malaysia

4:24 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Tiada syarikat perladangan Malaysia yang mempunyai konsesi sawit di Indonesia terlibat dalam aktiviti pembakaran di negara berkenaan, kata Datuk Seri Fahmi Fadzil.

Fahmi yang juga Jurucakap Kerajaan Perpaduan berkata, semakan silang yang dijalankan mendapati kebanyakan aktiviti pembakaran tidak berlaku di dalam konsesi sawit milik syarikat Malaysia.

Menurut Fahmi yang juga Menteri Komunikasi, perkara berkenaan dimaklumkan oleh Menteri Perladangan dan Komoditi, Datuk Seri Noraini Ahmad dalam mesyuarat Kabinet hari ini.

Beliau memberitahu, Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) bagaimanapun akan terus mengadakan sesi libat urus khas dengan syarikat-syarikat perladangan Malaysia yang mempunyai operasi di Indonesia.

“Jemaah Menteri telah dimaklumkan bahawa terutama di Kalimantan, secara umum sudah lebih 101 hari tiada hujan.

“Terdapat satu ladang milik syarikat Malaysia, iaitu Genting Plantations, yang menyaksikan api merebak dari luar dan bukannya berpunca daripada pembakaran di dalam ladang. Kebakaran itu telah dipadamkan dan saiz ladang berkenaan ialah lima hektar,’’ katanya pada sidang media hari ini.

Baru-baru ini, Greenpeace dalam laporannya mengenal pasti lebih 20 syarikat perladangan termasuk dari Malaysia dan Singapura yang didakwa terkait dengan penemuan kebakaran hutan dan tanah gambut di Indonesia pada 2026.

Berdasarkan data sumber kebakaran yang dianalisis kumpulan alam sekitar itu, ia mengesan 6,811 titik sumber asap dari 1 Ogos hingga 1 Oktober di seluruh Kalimantan, Papua, Sumatera, Sulawesi dan Maluku.

Indonesia kini sedang berdepan antara musim kebakaran terburuk dalam beberapa tahun kebelakangan ini apabila fenomena El Niño yang semakin kuat meningkatkan suhu dan memburukkan keadaan kemarau, menjadikan kawasan daratan mudah terbakar.

Kebakaran hutan itu menyebabkan beberapa bahagian di Asia Tenggara dilanda jerebu. Berikutan itu, Malaysia dan Singapura telah menawarkan bantuan bagi memadamkan kebakaran terbabit.

Dalam pada itu, Fahmi memberitahu, sebarang bentuk bantuan dan aset yang ditawarkan kepada Indonesia bagi membantu mengatasi pembakaran hutan di negara itu sejak sebulan lalu, mungkin perlu dinilai semula.

Ini kerana, kata beliau, ia bagi memastikan bantuan mencapai maksudnya.

“Beberapa aspek penyelarasan masih perlu disusuli. Isunya ialah api telah merebak dengan agak meluas, oleh itu sebarang bentuk bantuan dan aset yang telah kita tawarkan sejak kira-kira sebulan lalu mungkin perlu dinilai semula bagi memastikan bantuan tersebut benar-benar mencapai maksud.

“Perbincangan susulan akan diadakan namun setakat ini belum ada maklumat terperinci atau khusus mengenai aset yang akan dihantar. Perbincangan itu masih berjalan,’’ katanya. – 16 Oktober, 2026

Topics

 

◉ Hangat

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

Duck and cover? FashionValet bought Vivy’s 30 Maple for RM95 mil in 2018

Purchase of Duck's holding company which appears to be owned wholly by Datin Vivy Yusof and husband Datuk Fadzarudin Shah Anuar was made same year GLICs invested RM47 mil

Influencer who recited Quran at Batu Caves accused of sexual misconduct in Netherlands

Abdellatif Ouisa has targeted recently converted, underage Muslim women, alleges Dutch publication

◉ Related