◉ HEADLINES

Malaysia sedia hantar Bombardier, 3 helikopter dan 50 anggota padam kebakaran hutan Indonesia

Malaysia menanti 'lampu hijau' rasmi daripada Jakarta untuk menggerakkan aset udara dan pasukan khas demi menangani krisis kebakaran hutan serta ancaman jerebu rentas sempadan

1:41 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Malaysia secara rasmi menawarkan sebuah pesawat Bombardier CL-415MP, tiga buah helikopter serta kira-kira 50 anggota keselamatan bagi menyertai operasi memadam kebakaran hutan di Indonesia.

Walau bagaimanapun, pelaksanaan misi kemanusiaan berkenaan kini berada dalam status bersiap sedia sementara menunggu kebenaran rasmi daripada pihak berkuasa negara jiran itu.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, mengesahkan bahawa aset dan tenaga kerja tempatan bersedia untuk digerakkan serta-merta sebaik sahaja lampu hijau diterima dari Jakarta.

Menurut beliau, biarpun kapasiti bantuan tersebut kelihatan kecil berbanding skala krisis di Indonesia, ia membawa mesej solidariti yang cukup besar.

“Bantuan kita sekecil mana pun merupakan satu gesture (isyarat) yang baik untuk membantu negara jiran yang terdekat. Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim juga telah menghubungi Presiden Indonesia Prabowo Subianto mengenai perkara ini.

“Kita komited untuk meneruskan bantuan ini bagi menangani masalah jerebu yang akhirnya sampai ke Malaysia, Singapura, Timor-Leste dan Indonesia sendiri,” katanya pada sidang media selepas merasmikan Road Safety Congress (RSC) 2026 di sini hari ini.

Tawaran bantuan menyeluruh bagi menangani kebakaran hutan dan tanah ini diselaraskan menerusi Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) bersama agensi keselamatan lain.

Laporan terkini menunjukkan Presiden Indonesia Prabowo Subianto secara dasarnya telah meluluskan penerimaan bantuan asing bagi memadamkan krisis tersebut.

Fokus peralihan ke MTL dan bencana banjir

Dalam perkembangan berkaitan, Ahmad Zahid menegaskan bahawa tumpuan negara akan segera dialihkan kepada kesiapsiagaan hadapi Monsun Timur Laut (MTL) serta risiko banjir sebaik krisis jerebu terkawal.

Sistem amaran awal akan dioptimumkan sepenuhnya bagi memastikan pemindahan mangsa banjir dapat dibuat lebih pantas dan teratur.

“Kesiapsiagaan ini akan diteruskan dan kita berterima kasih kerana ia turut melibatkan pertubuhan bukan kerajaan (NGO), selain jabatan dan agensi kerajaan.

“Dua minggu lepas, kita telah mengadakan Bulan Kesiapsiagaan peringkat nasional di Ipoh, yang berjalan dengan baik dan kita berharap kejadian banjir pada kali ini dapat dikurangkan,” katanya. – 19 Oktober, 2026

Topics

 

◉ Hangat

Selangor tawar moratorium 3 bulan kepada penyewa, peminjam perumahan kerajaan negeri: MB

Amirudin berkata, kerajaan negeri memahami keadaan yang kemungkinan dihadapi oleh para penyewa sekiranya kos sara hidup meningkat dalam tempoh beberapa bulan akan datang

Bersatu did not betray, sabotage PAS in Perlis: Muhyiddin

KUALA LUMPUR – Parti Bersatu has denied betraying PAS or being involved in the political crisis in Perlis, its president Tan Sri Muhyiddin Yassin said. Muhyiddin said Bersatu did not play any role...

MCA would have handled Selangor pig farm issue better than DAP: Ronnie Liu

Former DAP leader blames state and federal governments for controversy, says farmers were left without compensation or viable alternatives

◉ Related