◉ HEADLINES

LLM, Prosignal Consortium diminta perjelas masalah pengguna TuJu : Fahmi

Fahmi berkata pihak berkenaan perlu menangani isu yang dibangkitkan oleh pengguna termasuk punca masalah, aspek teknikal yang terlibat, prestasi semasa aplikasi berkenaan dan langkah yang diambil bagi mengatasinya

7:22 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) dan pembangun aplikasi navigasi TuJu, Prosignal Consortium perlu memberikan penjelasan terperinci berhubung masalah dihadapi pengguna aplikasi berkenaan, aspek teknikal dan langkah penambahbaikan yang dilaksanakan.

Jurucakap kerajaan, Datuk Seri Fahmi Fadzil berkata, pihak berkenaan perlu menangani isu yang dibangkitkan oleh pengguna termasuk punca masalah, aspek teknikal yang terlibat, prestasi semasa aplikasi itu dan langkah yang diambil bagi mengatasinya.

Penjelasan tersebut, kata Menteri Komunikasi itu adalah penting bagi memastikan isu yang dibangkitkan dapat ditangani secara menyeluruh selain meningkatkan kebolehpercayaan aplikasi berkenaan.

“Penjelasan oleh (LLM dan Prosignal) itu penting bagi memastikan isu yang dihadapi pengguna dapat ditangani secara menyeluruh, meningkatkan kebolehpercayaan aplikasi TuJu serta memberikan keyakinan kepada orang ramai terhadap penggunaan aplikasi navigasi tempatan,” katanya pada sidang media pascamesyuarat Jemaah Menteri di sini hari ini.

Fahmi yang juga Menteri Komunikasi, berkata LLM mengakui masalah yang dihadapi pengguna dan mengesahkan bahawa usaha sedang dijalankan untuk menambah baik aplikasi berkenaan.

TuJu dibangunkan oleh Prosignal Consortium menerusi memorandum persefahaman yang ditandatangani bersama LLM pada 26 Mei 2022.

Aplikasi itu dilancarkan oleh Menteri Kerja Raya Datuk Seri Alexander Nanta Linggi pada 26 November tahun lepas.

Dalam pada itu, Fahmi menggalakkan orang ramai menggunakan pelbagai aplikasi navigasi alternatif, sama ada yang dibangunkan syarikat tempatan mahupun luar negara.

“Yang penting, tidak menggunakan Waze atas aspek-aspek keselamatan yang telah dimaklumkan oleh Majlis Keselamatan Negara,” katanya.

Rabu lepas, kerajaan memutuskan untuk melarang semua penjawat awam menggunakan aplikasi navigasi Waze, bagi melindungi maklumat kerajaan dan data peribadi pengguna daripada ancaman penyalahgunaan oleh rejim Israel. – 23 Oktober, 2026

Topics

 

◉ Hangat

12 hours on the road no guarantee for liveable wages, say several food delivery riders

Long working hours and cut-throat remuneration structure have been a bane for food delivery riders recently with some considering to leave their current service platform for another – or find a new job altogether.

Thai oil giant pulls plug on Lang Lebah as Petronas-Petros feud looms large

Once dubbed Malaysia’s ‘project of the year’, Sarawak offshore project now faces an uncertain future amid budget blowouts and state-federal oil disputes with US$1 billion cost overrun

Malaysia Airlines, SIA join rush to cancel Middle East flights as Iran-US-Israel strikes escalate

More countries announce airspace closures as carriers suspend flights on Feb 28 and March 1, passengers reminded to check for updates on subsequent flights

◉ Related