◉ HEADLINES

Menteri Sabah tergelincir di tandas KLIA, terima jahitan di kepala

Jamawi Jaafar turut menasihatkan pihak terbabit supaya melaksanakan kerja penambahbaikan permukaan tandas dan menyediakan laluan akses kecemasan ke klinik berhampiran.

4:31 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Menteri Pertanian, Perikanan dan Industri Makanan Sabah, Datuk Jamawi Jaafar mengalami kecederaan di kepala sehingga memerlukan jahitan selepas tergelincir di lantai tandas Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Sepang pagi tadi.

Menerusi hantaran di Facebooknya hari ini, Jamawi berkata kejadian berlaku ketika beliau menggunakan tandas berhampiran Bilik Bunga Mawar di ruang menunggu VIP di lapangan terbang berkenaan.

“Permukaan tandas yang licin menyebabkan saya tergelincir dan kepala terhentak ke lantai.

“Terima kasih doktor dan jururawat yang bertugas di Menara Medical Clinics KLIA yang merawat dan menjahit luka tadi,’’ katanya.

Beliau berkata, penjelasan mengenai keadaan dirinya itu dibuat selepas beberapa rakan yang terserempak dengannya di KLIA awal hari ini, melihat kepalanya ditutup dengan tuala berlumuran darah, telah menghubunginya melalui panggilan telefon dan mesej WhatsApp untuk bertanyakan keadaannya.

Jamawi turut berkata, beliau telah menasihatkan pihak Malaysia Airports supaya melaksanakan kerja-kerja penambahbaikan permukaan tandas dan keperluan menyediakan laluan akses kecemasan ke klinik berhampiran.

“Latihan juga harus diberikan kepada kakitangan agar langkah-langkah awal rawatan kecemasan dapat dilaksanakan,’’ katanya.

Jamawi memberitahu, beliau menyambung perjalanan ke Kota Kinabalu pada jam 1.05 petang tadi selepas melalui perjalanan yang jauh daripada Brasilia – Sao Paulo – Doha – KLIA. – 23 November, 2026

Topics

 

◉ Hangat

What will we call for next? A ban on cheap cigarettes, tuak and kapcais? – Rocky Bru

While concerns over drug-laced vapes grow, a blanket ban could backfire by wiping out businesses, threatening jobs, pushing trade underground amid weak enforcement and open tank loopholes

Parcel Shield anti-fraud initiative launched against parcel scams

Led by the Postal Forum, a self-regulatory body under the Malaysian Communications and Multimedia Commission, it aims to deal with scams involving deliveries and impersonation of legitimate couriers, among others

AG’s Chambers says no interference in Shuhaily’s return to police force

As an officer on secondment from PDRM, his removal from the Border Control and Protection Agency back to the police force is an administrative matter under the Home Ministry

◉ Related