◉ HEADLINES

Kerajaan pertimbang peraturan lebih ketat kawal lambakan produk e-dagang asing: Anwar

Perdana Menteri berkata langkah kawalan serta jaminan mutu dan status halal diperlukan bagi melindungi usahawan tempatan daripada lambakan produk asing, tanpa menyekat sepenuhnya platform e-dagang antarabangsa

11:36 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Kerajaan akan mempertimbang memperkenalkan peraturan yang lebih ketat bagi mengawal kemasukan barangan murah melalui platform e-dagang antarabangsa, terutamanya dari China, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata lambakan produk asing tersebut memberi kesan kepada ekonomi makro yang secara langsung menjejaskan daya saing  usahawan tempatan.

“Jadi saya setuju dan saya fikir kita harus memperkenalkan beberapa peraturan lebih ketat,” kata beliau pada program Dialog Negara Khas Bersama Yang Amat Berhormat (YAB) Perdana Menteri:”Di Sebalik Keputusan..” yang disiarkan oleh Radio Televisyen Malaysia (RTM) malam tadi.

Beliau berkata demikian sebagai menjawab soalan daripada pengasas Chunk & Dunk, Adam Shamil, mengenai bagaimana cara kerajaan akan menyeimbangkan persaingan barangan murah di platform e-dagang antarabangsa seperti Pinduoduo dan Temu agar usahawan dan jenama tempatan tidak terjejas.

Bagaimanapun Anwar berkata, kerajaan tidak menghalang atau menyekat sepenuhnya platform berkenaan, namun kualiti dan mutu produk yang dijual harus dipantau, termasuk status halal. 

“Jadi, sebab itu kita mula sekarang memberikan beberapa sekatan. Kita akan bagi peluang mereka masuk dengan syarat ada syarikat tempatan yang bersama ataupun dengan jaminan mutunya, kesihatannya dan juga kalau dia sebut halal mesti dijamin halal,” kata beliau. 

Perdana Menteri berkata perkara berkenaan turut dibangkitkan kepada kepimpinan China semasa beberapa siri lawatan beliau ke negara berkenaan, malah Presiden China Xi Jinping juga memaklumkan kesediaan negara itu untuk membuka ruang bagi meningkatkan barangan eksport daripada Malaysia.

“Kita tidak bertujuan untuk menyekat tetapi yang kita mahu pelaburan dan perdagangan, bukan lambakan barang yang murah… dan ini membunuh beberapa syarikat kecil di lapangan. 

“Jadi kita sudah bersetuju dalam jemaah menteri untuk mengambil langkah-langkah mengekang sedikit dan tidak menyekat sama sekali kerana ini bertentangan dengan dasar (perdagangan) kita untuk membolehkan import yang bertambah,” kata beliau. 

Pada masa sama, Anwar turut mengingatkan rakyat agar tidak terpukau dengan tawaran iklan produk yang belum terjamin mutunya. 

“Ini teori lama, Babylon’s conspicuous consumption…Kadang-kadang dia yang tak perlu pun dia nak beli juga kerana iklan yang meluas,” kata beliau.

Beliau berkata kerajaan perlu mengambil langkah memantau iklan, menjamin mutu barangan dan memperkukuh pendidikan pengguna agar pembelian pengguna dibuat mengikut keperluan sebenar serta tidak berbelanja melebihi pendapatan. – 26 November, 2026

Topics

 

◉ Hangat

Cleared for layoffs? AirAsia to retrench 20% of workforce in major cost-cutting move

This allegedly involves cabin services, cargo and logistics, engineering and maintenance, as well as the commercial division, according to Scoop’s source

DoSM estimates Malaysia’s population to be 34.1 mil in 2024

Three states with the highest population are Selangor, Johor, Sabah

Over 23.6 million to benefit as new electricity tariff kicks in July 1

The Energy Commission has set a new average base tariff of 45.40 sen/kWh for RP4, slightly lower than before, bringing overall electricity costs down by up to 19% compared to the previous regulatory period

◉ Related