HEADLINES

Google sekali lagi terbit data tidak tepat pertukaran nilai ringgit, dolar Amerika Syarikat

Bank Negara Malaysia akan hubungi Google untuk mendapatkan penjelasan punca pelaporan tidak tepat ini

12:22 PM MYT

 

KUALA LUMPUR — Bank Negara Malaysia (BNM) tegas menolak data tidak tepat mengenai kadar pertukaran mata wang yang sedang tersebar menerusi media sosial antara dolar Amerika Syarikat (AS$) dan ringgit Malaysia (RM) yang salah diterbitkan Google pada semalam.

Data diterbitkan Google itu menunjukkan kadar 1 dolar Amerika Syarikat atau AS$1 bersamaan dengan RM4.98.

Menurut BNM, maklumat itu tidak tepat dan tidak mencerminkan dagangan sebenar.

“Semalam (15 Mac) kadar pertukaran AS$/RM berada pada 4.7015 pada jam 9 pagi dan 4.7045 pada jam 5 petang dengan kadar intrahari tinggi sebanyak 4.7075 dalam pasaran antara bank tempatan bagi ringgit seperti yang diterbitkan dalam laman sesawang BNM.

“Sepanjang dua minggu yang lalu (1 hingga 15 Mac), nilai ringgit telah mengukuh sebanyak 0.76 peratus berbanding dengan dolar Amerika Syarikat,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Siaran kadar pertukaran USD/MYR yang tidak tepat oleh Google pada 15 Mac 2024 – Tangkapan layar, 16 Mac, 2024

Insiden itu merupakan kali kedua Google menerbitkan data kadar pertukaran AS$/RM yang tidak tepat pada tahun ini.

Tambah bank pusat itu, pihaknya telah menghantar surat peringatan tegas kepada Google semasa salah lapor pertama berlaku pada 6 Februari lalu.

“Susulan insiden salah lapor yang kedua ini, BNM akan menghubungi Google sekali lagi untuk mendapatkan penjelasan tentang punca pelaporan yang tidak tepat ini berlaku dan langkah-langkah pembetulan yang dibuat memandangkan isu yang berulang ini telah menjejaskan Malaysia dan banyak negara lain sejak beberapa bulan lalu,” tegas BNM.

Pada 6 Februari lalu, BNM menjelaskan bahawa data kadar pertukaran ringgit kepada dolar Amerika yang dicatatkan melalui Google dan tular di laman media sosial adalah tidak tepat.

Pertukaran itu diterbitkan oleh Google pada 5 Februari yang menyaksikan AS$1 bersamaan RM6.24. – 16 Mac, 2024

Topics

 

Hangat

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

InDrive faces termination for flouting guidelines

It is the second Russian e-hailing app after Maxim to face ban by Land Public Transport Agency

Cleared for layoffs? AirAsia to retrench 20% of workforce in major cost-cutting move

This allegedly involves cabin services, cargo and logistics, engineering and maintenance, as well as the commercial division, according to Scoop’s source

Related