HEADLINES

Suspek kes penemuan bom pada kereta Siti Kasim ada kepakaran buat bom – Polis

Katanya berdasarkan laporan pakar, antara komponen yang terdapat dalam bahan letupan itu adalah diesel, mercun, bateri, litar, wayar dan suis

7:46 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Bahan letupan termampat (IED) yang ditemui di bawah kereta peguam dan aktivis sosial Siti Kasim adalah bom yang suisnya ditutup, kata Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Mohd Shuhaily Mohd Zain.

“Polis mengesahkan bahan letupan itu sempurna sifatnya sebagai bom. Ada suis, suisnya itu ‘off’ ketika kejadian itu dan sekiranya mahu aktifkan perlu dilakukan secara manual,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Kontinjen Kuala Lumpur hari ini.

Beliau berkata siasatan polis juga mendapati bom itu dihasilkan oleh orang yang mempunyai kepakaran membuat bom buatan sendiri dan dipercayai mempunyai asas pengetahuan dalam bidang elektronik bagi membuat penyambungan litar pada IED berkenaan.

“Orang bertanggungjawab memasang bom ini, dia mempunyai ilmu dalam pembuatan circuit (litar) dan bahan letupan. Mengenai siasatan, kita masih cari petunjuk,” katanya.

Katanya berdasarkan laporan pakar, antara komponen yang terdapat dalam bahan letupan itu adalah diesel, mercun, bateri, litar, wayar dan suis.

“Laporan Unit Pemusnah Bom Makmal Forensik, Cheras juga mendapati semua komponen yang ditemui adalah IED dan ia dikategorikan low explosive,” katanya.

Mohd Shuhaily berkata polis merakam 13 keterangan saksi bagi membantu siasatan kes itu, yang terdiri daripada anggota polis, mangsa serta rakannya, mekanik, penasihat bengkel, pemilik bengkel, pengawal keselamatan mahkamah, Orang Asli dan anggota Jabatan Sukarelawan.

Mengenai kejadian Sabtu yang membabitkan lelaki yang dirakam mencabul seorang wanita di stesen LRT Maluri di sini sebelum wanita itu mendapat bantuan orang ramai, Mohd Shuhaily berkata lelaki berkenaan kini berada di Hospital Kuala Lumpur (HKL) dan polis akan menahannya selepas mendapat rawatan.

Sabtu lepas, Rapid Rail Sdn Bhd dalam kenyataan memaklumkan seorang lelaki yang dipercayai mengalami gangguan mental disyaki menceroboh trek LRT menerusi platform 1 ke platform 2 sebelum cuba mencabul seorang daripada wanita yang sedang menunggu tren di platform berkenaan pada 7.58 pagi. – 31 Julai, 2023

Topics

 

Hangat

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

Apad confirms inDrive licence revoked effective July 24, but company can appeal

Russian-based company can file appeal through the agency for the Transport Ministry's consideration

Cleared for layoffs? AirAsia to retrench 20% of workforce in major cost-cutting move

This allegedly involves cabin services, cargo and logistics, engineering and maintenance, as well as the commercial division, according to Scoop’s source

Related