HEADLINES

Terima kasih Sanusi. Sebab anda, orang Melayu kembali sokong Kerajaan Perpaduan: Mat Sabu

Sanusi kini mendiamkan diri. Kita jawab makian dengan perbuatan dan fakta

10:00 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Menteri Besar Kedah, Muhammad Sanusi yang dulunya dianggap sebagai hero, kini bertukar menjadi liabiliti kepada Perikatan Nasional (PN) dan telah mengembalikan semula sokongan orang Melayu kepada Kerajaan Perpaduan.

Presiden Amanah, Datuk Seri Mohamad Sabu berkata, Sanusi kini mendiamkan diri selepas diserang bertubi-tubi berhubung isu perlombongan unsur nadir bumi (REE) di negeri itu oleh Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution.

“Sekarang MB Kedah diserang bertubi tubi oleh Saifuddin. Beliau adalah Menteri Dalam Negeri, ada segala maklumat mengenai tangkapan itu dan sebagainya.

“Sanusi kini mendiamkan diri. Kita jawab makian dengan perbuatan dan fakta. Terima kasih Sanusi. Disebabkan keterlanjuran anda, orang Melayu kembali sokong Kerajaan Perpaduan,’’ katanya ketika berucap pada Ceramah Kerajaan Perpaduan di perkarangan Medan Selera Taman Sri Putra, Banting, malam tadi.

Mohamad turut menyindir PAS yang sebelum ini turut bersama DAP namun kini telah menukar rentak selepas tidak lagi bersama dalam gabungan Pakatan Harapan.

“Sekarang kamu tak setuju dengan kami, guna alasan sokong DAP akan keluar Islam. Kita tak payah cakap lagi isu seperti itu. PAS dulu pun berkawan dengan DAP. Ingat tak Haji Hadi (Tan Sri Abdul Hadi Awang) dulu peluk Lim Guan Eng?

“Saya pun tak peluk Guan Eng rapat macam tu. Masa itu DAP bagus, bila sudah berpisah maka DAP adalah komunis, duk ratib itu sahaja. Kita memang berkawan dengan DAP sejak 2008. Orang kata Amanah ni orang suruhan DAP, katalah…sebaliknya kita buat keputusan bersama,” katanya.

Fokus ketika itu, kata Mohamad adalah untuk membangunkan negara menerusi pelbagai usaha yang dijalankan oleh Kerajaan Perpaduan termasuk membasmi kemiskinan tegar dan ia memerlukan kerjasama semua pihak. – 1 Ogos, 2023

Topics

 

Hangat

Court orders MYAirline co-founder to repay over RM8mil to investors

Datuk Allan Goh and four associated companies are directed to return funds after failing to meet financial obligations to 15 investors

InDrive faces termination for flouting guidelines

It is the second Russian e-hailing app after Maxim to face ban by Land Public Transport Agency

Malaysia breaks 11-year losing streak against Vietnam with impressive 4-0 victory

The national team showed effective teamwork and fast-paced plays that kept their opponents under pressure

Related