HEADLINES

Jangan politikkan tema, logo Hari Kebangsaan: Zahid

Beliau turut berpendapat kenyataan dibuat Ahmad Fadhli bersifat jumud

1:40 PM MYT

 

PUTRAJAYA – Perkara patriotik seperti berkaitan logo dan tema Hari Kebangsaan tidak harus dipolitikkan, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Beliau berkata demikian bagi mengulas kenyataan Ketua Pemuda Perikatan Nasional (PN), Ahmad Fadhli Shaari bahawa empat negeri di bawah pentadbiran gabungan itu, mungkin menggunakan logo dan tema Hari Kebangsaan berbeza di peringkat negeri.

Malah, Ahmad Zahid menyifatkan kenyataan dibuat pemimpin itu bersifat jumud. 

“Ini bukan soal politik, ini soal bendera perayaan (Hari Kebangsaan) dan saya fikir jangan politikkan perkara ini,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Kejohanan Bola Sepak Piala Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi 2023 di sini, hari ini.

Terdahulu, media melaporkan Ahmad Fadhli berkata, Perlis, Kedah, Kelantan dan Terengganu yang diperintah PN, berkemungkinan menggunakan logo serta tema alternatif dilancarkan Pemuda PN semalam, iaitu ‘Teguh Muafakat Malaysia Sejahtera’ dan logo dengan elemen bunga raya. Pada Mei lalu, Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil mengumumkan tema Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia 2023 ialah ‘Malaysia MADANI: Tekad Perpaduan, Penuhi Harapan’ dengan mengangkat Malaysia Madani sebagai logo rasmi. – BERNAMA, 20 Ogos 2023

Topics

 

Hangat

What will we call for next? A ban on cheap cigarettes, tuak and kapcais? – Rocky Bru

While concerns over drug-laced vapes grow, a blanket ban could backfire by wiping out businesses, threatening jobs, pushing trade underground amid weak enforcement and open tank loopholes

Jangan buang kucing di pasar, hantar ke pusat perlindungan jalan terbaik

Tindakan itu juga satu kesalahan di bawah Akta Kebajikan Haiwan 2015

It’s not Big Tobacco, but Big Pharma that’s behind vape ban push: industry leader

Move president warns of harm to public health and legal vape industry if proposed nationwide ban goes ahead

Related