HEADLINES

Jenayah Siber: Sentiasa skeptikal terhadap sebarang maklumat: Fahmi

Hal ini kerana penjenayah siber turut mengambil peluang atas kemajuan teknologi dengan meningkatkan keupayaan dan pengetahuan mereka

12:50 PM MYT

 

KUCHING – Orang awam dinasihatkan agar sentiasa bersikap skeptikal semasa menerima sebarang maklumat dalam mendepani ancaman penjenayah siber atau scammer.

Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil berkata hal ini kerana penjenayah siber turut mengambil peluang atas kemajuan teknologi dengan meningkatkan keupayaan dan pengetahuan mereka.

Katanya bukan hanya organisasi, malah pengguna individu termasuk golongan berpendidikan serta profesional turut menjadi mangsa penipuan dalam talian.

“Teknik dan modus operandi yang digunakan oleh scammer ini juga semakin licik dan terancang.

“Berdasarkan laporan diterima agensi penguatkuasaan serta laporan berita oleh pihak media, kes scam dan penipuan dalam talian berlaku hampir setiap hari. Ini bermakna ancaman itu masih berleluasa,” katanya semasa berucap pada majlis perasmian Program Jelajah Anti-Scam Kebangsaan 2023 peringkat Sarawak di sini hari ini.

Program anjuran bersama CyberSecurity Malaysia, CelcomDigi dengan kerjasama Gabungan Bertindak Anti-Scam (GBAS) serta sokongan Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) itu diadakan pada 2 dan 3 September di Auditorium Borneo Cultures Museum, Kuching.

Program itu bertujuan berkongsi informasi mengenai landskap keselamatan siber semasa, jenis-jenis ancaman scam atau penipuan, modus operandi terkini serta perkongsian tip dan amalan terbaik bagi mengelak daripada menjadi mangsa jenayah itu.

Sementara itu, Fahmi berkata bagi mengekang jenayah scam dan penipuan dalam talian, kerajaan telah menubuhkan Pusat Respons Scam Kebangsaan (NSRC) sebagai pusat panggilan yang menerima laporan serta membantu menyekat pengaliran wang mangsa.

Katanya, mangsa jenayah penipuan boleh menghubungi talian NSRC iaitu 997 yang beroperasi setiap hari untuk membuat laporan terhadap jenayah terbabit. – 2 September, 2023

Topics

 

Hangat

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

InDrive faces termination for flouting guidelines

It is the second Russian e-hailing app after Maxim to face ban by Land Public Transport Agency

Spotify hikes Premium subscription fees by RM1 to RM3 in Malaysia

Subscribers will face higher monthly payments across all Premium plans, effective from September

Related