HEADLINES

Keputusan DNAA Ahmad Zahid tidak boleh dibahas dalam sidang khas Parlimen: Anwar

Platform Parlimen tidak boleh ditukar untuk berperanan sebagai sebuah mahkamah bagi membincangkan keputusan yang telah dibuat

7:10 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Keputusan Mahkamah Tinggi melepas tanpa membebaskan (DNAA) Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi daripada 47 pertuduhan melibatkan dana Yayasan Akalbudi tidak boleh dibahas dalam sidang khas di Parlimen, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Perdana Menteri berkata platform Parlimen tidak boleh ditukar untuk berperanan sebagai sebuah mahkamah bagi membincangkan keputusan yang telah dibuat oleh Hakim Datuk Collin Lawrence Sequerah terhadap Ahmad Zahid yang juga Timbalan Perdana Menteri.

“Mana boleh kes mahkamah nak runding di Parlimen… Parlimen bukan mahkamah yang boleh dia tanya soalan dan kita cuba jawab sebab Peguam Negara bukan Ahli Parlimen dan bukan menteri,” kata beliau ketika ditemui pemberita selepas selesai menunaikan solat Jumaat di Masjid Jamek Seri Petaling dekat sini hari ini.

Beliau mengulas gesaan Angkatan Muda Keadilan (AMK) menerusi Naib Ketuanya Atyrah Hanim Razali semalam yang mahu sidang tergempar Parlimen diadakan bagi membahaskan keputusan DNAA terhadap Ahmad Zahid.

Menurut Atyrah, Jabatan Peguam Negara (AGC) perlu diberikan tempoh masa untuk mencari bukti baharu bagi mendakwa semula Ahmad Zahid dan pendakwaan semula itu perlu dilakukan serta-merta jika pimpinan Kerajaan Perpaduan tidak mahu kehilangan kredibiliti.

Anwar berkata kerajaan tiada halangan jika mana-mana Ahli Parlimen bertanyakan mengenai kes itu semasa Dewan Rakyat bersidang tetapi sidang Parlimen seharusnya tidak bertukar platformnya sebagai mahkamah.

Sementara itu, mengenai ancaman Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA) untuk menarik sokongan terhadap Kerajaan Perpaduan susulan keputusan DNAA Zahid Hamidi itu, Anwar menyifatkannya sebagai tidak adil kerana kuasa membuat keputusan tersebut bukan ditangannya kerana pendakwaan adalah hak mutlak AGC.

Selasa lepas, Presiden MUDA Syed Saddiq Syed Abdul Rahman dilaporkan berkata MUDA akan menarik sokongan kepada Kerajaan Perpaduan sekiranya AGC tidak menjelaskan secara terperinci berhubung keputusan mahkamah terhadap kes membabitkan Ahmad Zahid itu. – 8 September, 2023

 

Topics

 

Hangat

Short-lived La Niña expected in early 2026, but stable weather to follow

MetMalaysia forecasts cool conditions and brief shifts in rainfall patterns before returning to normal

Jana Wibawa: Muhyiddin’s trial continues as appeals court rejects bid to reinstate acquittal

Five-judge panel dismisses Bersatu president’s application to review findings which led to four charges related to RM232.5 mil in bribes being reinstated in Feb

Govt has settled RM42bil of 1MDB debt, total obligations exceed RM50bil: Anwar

Anwar reveals over RM9 billion in remaining debt, with government funds covering the shortfall

Related