◉ HEADLINES

Saya dengar beberapa ahli akan dipecat, saya pun mungkin tersenarai: Isham

Isham menyerahkan kepada kepimpinan parti dan MKT untuk menentukan nasibnya

9:33 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno, Isham Jalil mendakwa beberapa ahli parti itu termasuk dirinya mungkin dipecat dalam mesyuarat akan datang.

Menurutnya, ia susulan ada ahli dan pemimpin Umno yang lantang mengkritik keputusan kepimpinan parti untuk bersama Pakatan Harapan (PH) dan DAP dalam pilihan raya sebelum ini.

“Pemimpin pro DAP ini suruh saya letak jawatan. Saya tidak akan letak jawatan. Saya dipilih oleh akar umbi.

“Saya dengar minggu ini ada beberapa lagi ahli Umno akan dipecat dalam mesyuarat nanti. Ada ura-ura kata nama saya pun mungkin tersenarai,” katanya dalam hantaran di Facebook.

Bagaimanapun, Isham menyerahkan kepada kepimpinan parti dan MKT untuk menentukan nasibnya.

“Perjuangan saya ikhlas kerana agama, bangsa dan tanahair, dan bukan kerana kepentingan peribadi.

“Manusia boleh singkirkan manusia, namun Allah SWT menentukan kifarahnya,” katanya.

Pada masa sama, Isham menafikan dakwaan kononnya beliau menyuruh ahli Umno supaya tidak mengundi PH.

“Ini tidak benar. Saya tidak pernah suruh ahli Umno jangan undi PH atau DAP. Ini adalah fitnah. Apa yang saya kata ialah saya akan fokus kepada kawasan Umno. Boleh lihat dalam live saya beberapa bulan lalu di Facebook.

“Yang tulis headline kononnya saya kata jangan undi PH itu adalah satu akhbar Cina. Dan itu tidak betul. Mereka telah pun minta maaf kepada saya dan keluarkan pembetulan,” katanya.

Tegasnya, dakwaan tersebut merupakan satu fitnah dan kenyataan itu telah dimaklumkan kepada Majlis Tertinggi semasa isu itu timbul.

“Boleh tanya ahli MKT lain untuk kepastian. Mungkin dia tidak baca juga, atau cuba fitnah saya lagi tanpa usul periksa. Pendirian saya ialah saya fokus kepada Umno. Itu sahaja,” katanya.

Sementara itu, mengenai isu gabungan dengan PH dalam Kerajaan Perpaduan, Isham berkata, beliau bersetuju mengenai perkara itu ketika menjawat jawatan Ketua Penerangan Umno.

“Ya, saya setuju sebab itu titah SPB YDP (Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan) Agong untuk bentuk kerajaan pada ketika itu. Tetapi saya tidak pernah setuju untuk pergi pilihan raya dengan PH.

“Berada dalam kerajaan dan pergi pilihan raya bersama adalah dua perkara yang berbeza. SPB YDP Agong tidak pernah titah kita pergi pilihan raya bersama PH. Jangan campur adukkan dua perkara ini,” katanya.

Difaham mesyuarat MKT Umno dijadual berlangsung esok. – 12 September, 2023

Topics

 

◉ Hangat

[TONTON] ‘Persepsi itu wujud, tapi ia tidak benar’: Tengku Zafrul jawab naratif ‘payung kuning’

Bekas Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri menepis dakwaan beliau bertindak sebagai orang tengah istana bagi Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, sambil menegaskan persepsi lama ‘payung kuning’ tidak mencerminkan realiti

[WATCH] ‘The perception exists, but it isn’t true’: Tengku Zafrul addresses ‘payung kuning’ narrative

Former Investment, Trade and Industry Minister dismisses claims that he acts as a royal intermediary for Prime Minister Datuk Seri Anwar Ibrahim, saying the long-standing 'payung kuning' perception does not reflect reality

MIH Megatrends 2024 pamerkan kesan masa lalu dan masa depan kemajuan teknologi kepada penjagaan kesihatan: Fahmi

Menteri Komunikasi juga berkata acara itu boleh melihat kepada penyelesaian yang dibantu oleh perkembangan teknologi yang dimajukan MCMC

◉ Related