◉ HEADLINES

Tiada permohonan murid antarabangsa ke SMPC ditolak bagi Jun hingga Ogos

KPM menyatakan, kesemua permohonan itu dalam penelitian, selain sekolah terbabit sudah dimaklum mengenainya

11:12 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Tiada sebarang surat penolakan dikeluarkan bagi mana-mana permohonan pengambilan murid antarabangsa di Sekolah Menengah Persendirian Cina (SMPC), bagi tempoh Jun hingga Ogos 2023.

Kementerian Pendidikan (KPM) memaklumkan, Bahagian Pendidikan Swasta menerima sebanyak 25 permohonan kemasukan murid antarabangsa dalam tempoh sama.

Menurutnya, kesemua permohonan itu dalam penelitian, selain sekolah terbabit sudah dimaklumkan mengenainya.

“KPM mengambil perhatian laporan media mengenai isu dibangkitkan berkaitan pengambilan murid antarabangsa di SMPC.

“Penelitian menyeluruh perlu dilakukan kerana ia membabitkan Dasar Pengoperasian SMPC yang sedang dalam proses semakan,” menurut kenyataan itu, hari ini.

Selain itu, KPM memaklumkan, kemasukan murid antarabangsa sentiasa dialukan selaras dengan hasrat menjadikan negara sebagai hab pendidikan antarabangsa.

“Pada masa sama, KPM bertanggungjawab memastikan setiap prosedur ditetapkan dipatuhi,” katanya.

Terdahulu, media melaporkan dakwaan terdapat kira-kira 28 permohonan pengambilan murid antarabangsa di sebuah SMPC di Perak ditolak. – 16 September, 2023

Topics

 

◉ Hangat

Melaka schools to reopen on Oct 12 as API readings fall below 100

Air quality readings at all three monitoring stations in the state remain in the moderate range, with parents advised to monitor their children's health

Schools may close if air quality worsens, five areas hit unhealthy levels: DOE

The department said the areas recorded unhealthy API readings, warns of RM1mil fine for open burning offenders

Malaysia Airlines, SIA join rush to cancel Middle East flights as Iran-US-Israel strikes escalate

More countries announce airspace closures as carriers suspend flights on Feb 28 and March 1, passengers reminded to check for updates on subsequent flights

◉ Related