◉ HEADLINES

Parlimen bermula kecoh, usul Shahidan minta kerajaan fokus isu kenaikan harga barang ditolak

Akur dengan jawapan tersebut, Shahidan kemudian bangun sekali lagi dengan menyindir jawapan ibarat mi segera itu

11:47 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Sidang Dewan Rakyat hari ini bermula kecoh apabila Datuk Seri Shahidan Kassim (PAS-Arau) mempersoalkan notis usul dihantarnya pada Jumaat lalu berhubung isu bekalan beras dan kenaikan harga beras import tidak mendapat jawapan.

Beliau juga menggesa dewan menghentikan perbincangan mengenai peruntukan pembangunan, sebaliknya menumpukan kepada isu beras dan kenaikan harga barang.

“Sekarang ini kenaikan harga mendatangkan kesan. Harga cili kering, bawang merah, bawang putih, tinjauan di Tampoi menunjukkan kenaikan 30 peratus.

“Beras tempatan tiada di Johor. Di Kedah, saya sempat suruh kawan beli sekampit, harga tiga minggu lepas RM23 sekarang RM35, masalah ini akan menimbulkan keluh kesah rakyat.

“Jadi pada pandangan saya, kerajaan kalau ada apa pun peruntukan pembangunan hentikan dan fokus kepada kenaikan harga barang supaya dapat diturunkan sekarang,” katanya.

Tindakan beliau yang terus bangun mempersoalkan mengenai notis usulnya mengikut Perkara 18 (1), bagaimanapun ditegur Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Ramli Mohd Noor.

Ramli kemudian meminta Arau untuk duduk dan memaklumkan apa yang disarankan Arau sedang dalam pertimbangan Speaker Dewan, Tan Sri Johari Abdul.

“Apa yang saya ketahui perkara ini dalam pertimbangan Speaker Dewan dan akan dijawab oleh Menteri, jadi tak perlu dipanjang-panjangkan, ada dua hari sahaja.

“Saya percaya menteri prihatin perkara ini dan akan menjawab. Jadi saya minta Arau berhentikan (bangun mencelah),” katanya.

Mohd Sany Hamzan (PH-Hulu Langat) kemudian mencelah dan meminta Arau menunggu sahaja jawapan menteri supaya aturan majlis dapat dimulakan.

Ramli kemudian meminta Hulu Langat untuk turut bertenang sebelum menerima satu notis jawapan Speaker Dewan yang kemudian dibacakannya.

“Baru terima, usul di bawah Peraturan 18 (1) ini isu bekalan beras dan kenaikan harga beras import. Saya telah meneliti usul Yang Berhormat (Arau). Usul Yang Berhormat sudah terjumlah di bawah usul majlis khas dan telah ditetapkan.

“Oleh demikian, di bawah peraturan 11(3) saya tidak dapat benarkan usul itu dibawa ke majlis mesyuarat. Justeru selaras dengan peraturan 18(7)(c), saya menolak usul Yang Berhormat dalam kamar.

“Jelas… dan saya percaya dan fahami menteri yang bertanggungjawab dalam isu ini telah menerima 55 pertanyaan Ahli Parlimen dewan. Saya percaya bila giliran menteri terbabit akan menjawabnya dan masa itu dewan terbuka untuk bertanya soalan tambahan,” katanya.

Akur dengan jawapan tersebut, Shahidan kemudian bangun sekali lagi dengan menyindir jawapan ibarat mi segera itu.

“Terima kasih atas jawapan macam mi segera ini. Saya harap masalah beras bukan masalah seorang menteri tapi masalah negara,” katanya. – 18 September, 2023

Topics

 

◉ Hangat

Schools may close if air quality worsens, five areas hit unhealthy levels: DOE

The department said the areas recorded unhealthy API readings, warns of RM1mil fine for open burning offenders

Malaysia Airlines, SIA join rush to cancel Middle East flights as Iran-US-Israel strikes escalate

More countries announce airspace closures as carriers suspend flights on Feb 28 and March 1, passengers reminded to check for updates on subsequent flights

Melaka schools to reopen on Oct 12 as API readings fall below 100

Air quality readings at all three monitoring stations in the state remain in the moderate range, with parents advised to monitor their children's health

◉ Related