◉ HEADLINES

Muslimah Putrajaya Berselawat: Asni Mansor diundang ganti Norhafizah

Susulan pengguguran dan sekatan berceramah dikenakan ke atas isterinya, suami kepada Norhafizah berkongsi luahan hati sebagai solidariti

5:38 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Penganjur program Muslimah Putrajaya Berselawat berkongsi poster baharu acara itu yang memperlihatkan penglibatan penceramah bebas, Ustazah Asni Mansor.

Ustazah Asni dipilih sebagai penceramah undangan baharu bagi menggantikan Ustazah Datuk Dr Norhafizah Musa yang namanya digugurkan pihak penganjur pada Isnin.

Sementara itu, suami kepada Norhafizah, Dr Azahar Yaakub berkongsi luahan hati menerusi ruangan komen di media sosial berhubung isu pengguguran nama isterinya.

Menurut Dr Azahar, dia terpanggil untuk memberi komen sebagai soladiriti terhadap isterinya yang didakwa dikenakan sekatan untuk berdakwah.

“Inilah kali pertama ustaz (Dr Azahar) selaku suami respon dalam media sosial Ustazah Norhafizah, bertujuan memberikan sokongan dan solidariti kepada isteri tercinta atas sekatan dakwah oleh pihak yang lemah imannya.

“Kami lebih kasihan kepada pihak yang terlibat dek kepentingan diri dan nafas politik, hatta dakwah kaum hawa semata-mata untuk berselawat pun disekat.

“Di saat pintu hiburan melalaikan dihampar dengan permaidani merah… bersedialah kalian semua untuk menjawabnya di akhirat kelak,” katanya.

Terdahulu, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) memaklumkan nama Norhafizah digugurkan kerana terdapat aduan daripada pihak yang mempertikaikan pembabitan beliau pada program itu.

Program berlangsung Ahad ini di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin itu, turut menampilkan pendakwah bebas, Aisyah Baa’in, Noor Laila Aniza Zakaria, Datin Seri Heliza Helmi dan adiknya, Hazwani Helmi serta isteri kepada pendakwah selebriti, Da’i Syed, Hana Ismail. – 19 September, 2023

Topics

 

◉ Hangat

Selangor tawar moratorium 3 bulan kepada penyewa, peminjam perumahan kerajaan negeri: MB

Amirudin berkata, kerajaan negeri memahami keadaan yang kemungkinan dihadapi oleh para penyewa sekiranya kos sara hidup meningkat dalam tempoh beberapa bulan akan datang

Bersatu did not betray, sabotage PAS in Perlis: Muhyiddin

KUALA LUMPUR – Parti Bersatu has denied betraying PAS or being involved in the political crisis in Perlis, its president Tan Sri Muhyiddin Yassin said. Muhyiddin said Bersatu did not play any role...

MCA would have handled Selangor pig farm issue better than DAP: Ronnie Liu

Former DAP leader blames state and federal governments for controversy, says farmers were left without compensation or viable alternatives

◉ Related