◉ HEADLINES

Peguam Negara fail notis rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi melepas, membebas Rosmah

Mahkamah Tinggi mendapati pertuduhan itu gagal memperincikan sifat transaksi melibatkan hasil haram atau bagaimana Rosmah terlibat secara langsung

5:30 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Jabatan Peguam Negara sudah memfailkan notis rayuan hari ini terhadap keseluruhan keputusan Mahkamah Tinggi yang membenarkan permohonan Datin Seri Rosmah Mansor membatalkan semua 17 pertuduhan pengubahan wang haram ke atasnya semalam.

Peguam Negara, Datuk Mohd Dusuki Mokhtar berkata, semua pertuduhan itu membabitkan sembilan tuduhan mengikut Seksyen 4(1)(a) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan 2001 yang boleh dihukum mengikut Seksyen 4(1) akta yang sama.

Manakala lapan pertuduhan mengikut Seksyen 4(1)(a) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram 2001 yang boleh dihukum mengikut Seksyen 4(1) akta yang sama.

“Susulan itu, Notis Rayuan telah difailkan oleh Pendakwa Raya pada hari ini terhadap
keseluruhan keputusan Mahkamah Tinggi tersebut,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Terdahulu, Mahkamah Tinggi di sini semalam membebaskan dan melepaskan Datin Seri Rosmah Mansor daripada 17 tuduhan pengubahan wang haram melibatkan lebih RM7 juta dan lima tuduhan gagal mengisytiharkan pendapatannya kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).

Dalam penghakimannya, Hakim K. Muniandy berkata pertuduhan itu gagal memperincikan sifat transaksi melibatkan hasil haram atau bagaimana Rosmah terlibat secara langsung.

Ia tidak mendedahkan elemen utama kesalahan pengubahan wang haram, termasuk transaksi berkaitan pengubahan wang haram, tingkah laku tertuduh dan wang yang dirujuk dalam pertuduhan.

Menurut hakim, kegiatan haram yang dikaitkan dengan pertuduhan itu tidak dinyatakan tetapi hasil daripada kegiatan itu muncul entah dari mana.

“Pertuduhan tersebut juga tidak menunjukkan transaksi seperti yang dimaksudkan di bawah Akta 613, iaitu Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram 2001 (AMLATFA),’’ katanya.

Mengenai tuduhan di bawah Akta Cukai Pendapatan 1967 pula, hakim berkata terdapat pendapatan yang tidak didedahkan kepada LHDN.

“Mesti ada transaksi yang menunjukkan penglibatan tertuduh dengan pendapatan yang tidak didedahkan tersebut untuk diklasifikasikan sebagai penggubahan wang haram,’’ katanya.

Susulan itu Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) mempersoalkan kenapa seolah-olah berlaku isu kompeten sejak awal pertuduhan ke atas 12 tuduhan pengubahan wang haram melibatkan lebih RM7 juta dan lima tuduhan gagal mengisytiharkan pendapatannya kepada LHDN melibatkan Datin Seri Rosmah Mansor.

Menurut pengerusi Bersih, Muhammad Faisal Abd Aziz, rakyat berhak mengetahui mengenai perkara berkenaan.

Pada masa sama, Bersih katanya, menuntut Peguam Negara menerusi pasukan pendakwaan menjelaskan dan memperbaiki kelemahan dalam pendakwaan tersebut seperti terkandung dalam penghakiman hakim.

“Bagi saya rakyat berhak untuk tahu apa yang berlaku.

“Mengapa seolah-olah berlaku isu kompeten pendakwaan oleh AG sejak awal pertuduhan dibuat,’’ katanya. – 20 Disember, 2024

Topics

 

◉ Hangat

Melaka schools to reopen on Oct 12 as API readings fall below 100

Air quality readings at all three monitoring stations in the state remain in the moderate range, with parents advised to monitor their children's health

Schools may close if air quality worsens, five areas hit unhealthy levels: DOE

The department said the areas recorded unhealthy API readings, warns of RM1mil fine for open burning offenders

Malaysia Airlines, SIA join rush to cancel Middle East flights as Iran-US-Israel strikes escalate

More countries announce airspace closures as carriers suspend flights on Feb 28 and March 1, passengers reminded to check for updates on subsequent flights

◉ Related