HEADLINES

Lelaki Maghribi mengaku bersalah cabul juruterapi spa di Terengganu

Lelaki itu didakwa menggunakan kekerasan jenayah terhadap mangsa yang berusia 19 tahun dengan niat untuk mencabul kehormatannya di sebuah spa di Pulau Perhentian pada 9.15 malam, 14 Julai lalu

4:03 PM MYT

 

KUALA TERENGGANU – Seorang lelaki warga Maghribi mengaku bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas dakwaan mencabul seorang juruterapi wanita warga tempatan, Ahad lepas.

Nourou Yassine, 23, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan dalam bahasa Inggeris di hadapan Majistret Nik Mohd Tarmizie Nik Mohd Shukri.

Lelaki itu didakwa menggunakan kekerasan jenayah terhadap mangsa yang berusia 19 tahun dengan niat untuk mencabul kehormatannya di sebuah spa di Pulau Perhentian pada 9.15 malam, 14 Julai lepas.

Pertuduhan adalah mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 10 tahun, atau denda, atau sebat atau mana-mana dua daripada hukuman itu, jika sabit kesalahan.

Timbalan Pendakwa Raya, Rabiatul Addawiah Mohd Norlee tidak menawarkan jaminan namun berkata, sekiranya mahkamah memutuskan untuk memberikan jaminan, pihaknya meminta agar jumlah dikenakan adalah sebanyak RM15,000.

Beliau turut mengemukakan syarat tambahan iaitu tertuduh perlu menyerahkan pasport kepada mahkamah dan melapor diri ke balai polis terdekat sehingga kes selesai, selain dua orang penjamin mestilah warga tempatan.

Peguam Muhammad Izzat Norizam berkata, beliau percaya anak guamnya itu boleh diberikan jaminan dan dua rakan tertuduh yang disifatkannya ‘berkualiti’ telah hadir untuk menjamin tertuduh.

Majistret Nik Mohd Tarmizie kemudian menetapkan jaminan RM8,000 ke atas Nourou dengan dua penjamin warga tempatan selain membenarkan syarat tambahan dikemukakan pihak pendakwaan.

Mahkamah menetapkan 6 Ogos ini untuk sebutan fakta kes dan hukuman di Mahkamah Besut. – 18 Julai, 2024

Topics

 

Hangat

Is it costly for small businesses to obtain halal certification?

A restaurant owners’ group agrees it can be, while application guidelines show fee is not high but added costs lie in the process to achieve compliance

38% of AirAsia flights delayed in 2024: Loke

Minister outlines measures to improve on-time performance, including incentives, penalties, and full refunds for major delays

Right-wing commentator Ian Miles Cheong under police scrutiny

According to authorities, investigation focuses on alleged social media posts that could incite public unrest

Related