◉ HEADLINES

Kertas putih cadangan pelaksanaan dasar gaji progresif akan dibentang di Dewan Rakyat: Rafizi

Mekanisme pelaksanaan tersebut juga akan diterangkan dengan lebih jelas bagi mendapat penglibatan dan cadangan daripada semua pihak berkepentingan

8:21 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Kerajaan akan membentangkan kertas putih cadangan pelaksanaan dasar gaji progresif dalam persidangan Dewan Rakyat akan datang, kata Menteri Ekonomi Rafizi Ramli. 

Beliau berkata mekanisme pelaksanaan tersebut juga akan diterangkan dengan lebih jelas bagi mendapat penglibatan dan cadangan daripada semua pihak berkepentingan, bukan sahaja Dewan Rakyat dan Dewan Negara tetapi juga rakyat dan majikan.

“Ini adalah satu perkara yang betul-betul mencabar dan kita perlu rancang dengan teratur supaya kita boleh mula bangunkan satu kerangka dasar gaji yang membantu kita untuk mencapai sasaran bahagian pampasan pekerja untuk mencapai 45 peratus dari KDNK (keluaran dalam negara kasar) dalam tempoh 10 tahun.

“Kita sekarang ini berada pada 32 peratus sahaja,” katanya ketika menggulung perbahasan usul Kajian Separuh Penggal (KSP) Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12) bagi kementeriannya di Dewan Negara hari ini.

Beliau berkata sekiranya kerajaan tidak campur tangan dan dasar tersebut tidak dilaksanakan, dibimbangi rakyat tidak dapat menikmati limpahan ekonomi. 

“Kalau kita tidak ada campur tangan dan dasar seperti ini, kebimbangan saya ekonomi berkembang dari satu tahun ke satu tahun tetapi jumlah daripada ekonomi itu yang pergi kepada pekerja dan keluarga itu semakin mengecil peratusnya, kerana itu yang berlaku sejak beberapa tahun lalu. 

“Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim telah meletakkan sasaran 45 peratus untuk kita capai dalam tempoh 10 tahun, dan insya-Allah salah satu kaedah utama ke arah itu ialah dengan melaksanakan dasar gaji progresif,” katanya. – 26 September, 2023

Topics

 

◉ Hangat

Budget 2026: RM580m boost for sports development

Funding will strengthen elite programmes, prepare for the 2027 SEA and Asean Para Games, and upgrade facilities while expanding support for para-athletes

‘Tambah spot busking di Bukit Bintang’ Bob Sentuhan Buskers mohon DBKL beri pertimbangan

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) diminta menambah lagi ‘spot’ untuk pemuzik jalanan di ibu kota mengadakan persembahan terutama di kawasan sekitar Bukit Bintang yang menjadi tumpuan pelancong luar.

Noki K-Clique sedang mengenali seorang pelakon wanita, rancang berkahwin usia 30 pada tahun hadapan

Melihat rakan-rakan seperjuangan lain sudah mendirikan rumahtangga, ia membuatkan rapper dan juga pelakon, Noki K-Clique berasa tertekan serta mahu mengikut jejak langkah yang sama

◉ Related