HEADLINES

PDRM cadang skim gaji Konstabel diselaras dengan kadar gaji minimum

PDRM turut mencadangkan supaya kadar Bantuan Sara Hidup (COLA) yang diterima pegawai dan anggota berbeza mengikut kategori bandar, pinggir bandar dan luar bandar, diselaraskan

4:15 PM MYT

 

IPOH – Polis Diraja Malaysia (PDRM) mencadangkan kepada kerajaan supaya skim gaji permulaan bagi Konstabel (YA1) sebanyak RM1,441 diselaraskan dengan kadar gaji minimum RM1,500 sebulan.

Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain berkata selain penyelarasan tangga gaji, PDRM turut mengemukakan beberapa cadangan khususnya bagi meningkatkan tahap integriti pasukan.

“Kita telah cadangkan agar kenaikan penambahan 30 peratus daripada kadar kenaikan gaji tahunan (KGT) dan kenaikan satu KGT ‘one off’ bagi kumpulan pengurusan profesional kepada skim pegawai kanan polis iaitu YA13 hingga YA24A.

“Begitu juga kumpulan pelaksana Skim Pegawai Rendah Polis Konstabel daripada Y1 hingga Y10 ini dan Skim Pegawai Kanan Polis dan Konstabel Orang Asli, YP1 hingga Y10, yang kita minta kenaikan 30 peratus KGT dan juga ‘one off’ atas KGT,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas Majlis Perasmian Wildlife Crime Bureau/Perisikan Siasatan Khas (WCB/PSK) Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA) di Lapang Sasar Pusat Latihan Pasukan Gerakan Am (PGA) Ulu Kinta dekat sini. 

Turut hadir, Pengarah KDNKA Bukit Aman Datuk Seri Hazani Ghazali, Timbalan Pengarah KDNKA WCB/PSK Bukit Aman SAC Azlin Sadari serta Ketua Pengarah Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Datuk Abdul Kadir Abu Hashim.

Razarudin berkata pihaknya turut mencadangkan supaya kadar Bantuan Sara Hidup (COLA) yang diterima pegawai dan anggota berbeza mengikut kategori bandar, pinggir bandar dan luar bandar, diselaraskan.

“Gaji yang diterima anggota berpangkat rendah adalah kecil, selain tidak setimpal dan tidak mampu menampung kos sara hidup terutama bagi mereka yang bertugas di bandar besar,” katanya. – 7 Oktober, 2023

Topics

 

Hangat

Short-lived La Niña expected in early 2026, but stable weather to follow

MetMalaysia forecasts cool conditions and brief shifts in rainfall patterns before returning to normal

Govt has settled RM42bil of 1MDB debt, total obligations exceed RM50bil: Anwar

Anwar reveals over RM9 billion in remaining debt, with government funds covering the shortfall

Jana Wibawa: Muhyiddin’s trial continues as appeals court rejects bid to reinstate acquittal

Five-judge panel dismisses Bersatu president’s application to review findings which led to four charges related to RM232.5 mil in bribes being reinstated in Feb

Related