◉ HEADLINES

Elok kerajaan tidak namakan pihak ugut Anwar: Zambry

Terdahulu, Fadhli meminta pihak kerajaan menamakan negara luar yang mengugut dan menekan Anwar

1:05 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Kementerian Luar tidak akan menamakan pihak atau negara yang memberikan tekanan dan ugutan kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung kelantangan Malaysia dalam memperjuangkan nasib rakyat Palestin.

Menterinya, Datuk Seri Zambry Abdul Kadir berkata, kerajaan juga tidak gentar dengan ugutan pihak luar itu terhadap Perdana Menteri.

Katanya, apa yang penting adalah Malaysia tetap memberikan komitmen jitu dan berterusan untuk mendesak serta melakukan tekanan kepada pihak berkaitan, bagi menghentikan kekejaman Israel terhadap penduduk Palestin.

“Saya fikir elok kita tidak namakan siapa mereka tapi seperti mana ditegaskan Perdana Menteri sebelum ini berkali-kali, kita tidak gentar dengan sebarang ugutan dilakukan pihak mereka.

“Saya percaya sejak konflik melanda, Malaysia adalah negara paling lantang  memperjuang isu Palestin dalam apa jua keadaan dan masa,” katanya ketika menjawab soalan pada sesi Pertanyaan-Pertanyaan Menteri (MQT) di Dewan Rakyat, hari ini.

Beliau berkata demikian bagi menjawab pertanyaan daripada Ahli Parlimen Pasir Mas, Ahmad Fadhli Shaari yang meminta pihak kerajaan menamakan negara luar yang bertindak mengugut dan memberikan tekanan kepada Anwar.

Fadhli berkata, pihaknya tidak sanggup melihat Anwar ditekan dan diugut seperti itu.

Malah, beliau menyarankan nota bantahan dihantar kepada kedutaan negara terbabit yang berada di Malaysia.

“Apabila kita dengar Perdana Menteri menyatakan bahawa beliau menerima ugutan, ancaman, tekanan dan sebagainya, saya fikir menteri kena dedahkan negara mana berani menekan dan mengugut Perdana Menteri yang kita sayang ini.

“Kita tak sanggup melihat Perdana Menteri kita ditekan dan diugut seperti ini,” katanya.

Selain itu, Zambry berkata, Malaysia sudah meningkatkan tekanan tahap tertinggi kepada masyarakat antarabangsa agar tidak menutup mata dan membenarkan rejim Zionis bermaharajalela serta membabi buta, melakukan pembunuhan ke atas orang awam, termasuk wanita, kanak-kanak dan golongan tua.

“Malaysia juga berterusan membangkitkan isu berat sebelah oleh pihak Barat dalam isu kezaliman rejim Zionis,” katanya.

Terdahulu, pada Himpunan Malaysia Bersama Palestin malam Selasa lalu, Anwar mendedahkan beliau menerima banyak ugutan dan teguran dari negara yang cenderung menyokong Israel.

Sementara itu, Zambry berkata, Malaysia bersama negara Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC), akan berterusan memberikan tekanan supaya tindakan Israel mahu melakukan pencerobohan darat ke atas Semenanjung Gaza tidak berlaku.

Terdahulu, Wisma Putra melalui kenyataan memaklumkan Malaysia menyokong gesaan diadakan Sesi Khas Kecemasan pada UNGA di ibu pejabat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di New York, Amerika Syarikat hari ini.

Dalam kenyataan itu, Malaysia bersama Brunei, Bangladesh, Kemboja, Indonesia, Laos, Maldives, Timor Leste dan Vietnam, menyokong permohonan kumpulan negara Arab serta OIC untuk menyambung semula Sidang Tergempar ke-10 pada perhimpunan berkenaan.

Sokongan itu dinyatakan Malaysia susulan ada negara menggunakan kuasa veto terhadap draf resolusi sewaktu ucapan pada Majlis Keselamatan PBB berkaitan situasi di Palestin. – 26 Oktober, 2023

Topics

 

◉ Hangat

Budget 2026: RM580m boost for sports development

Funding will strengthen elite programmes, prepare for the 2027 SEA and Asean Para Games, and upgrade facilities while expanding support for para-athletes

‘Tambah spot busking di Bukit Bintang’ Bob Sentuhan Buskers mohon DBKL beri pertimbangan

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) diminta menambah lagi ‘spot’ untuk pemuzik jalanan di ibu kota mengadakan persembahan terutama di kawasan sekitar Bukit Bintang yang menjadi tumpuan pelancong luar.

Noki K-Clique sedang mengenali seorang pelakon wanita, rancang berkahwin usia 30 pada tahun hadapan

Melihat rakan-rakan seperjuangan lain sudah mendirikan rumahtangga, ia membuatkan rapper dan juga pelakon, Noki K-Clique berasa tertekan serta mahu mengikut jejak langkah yang sama

◉ Related