Belum ada cadangan turun harga menu berasaskan ayam, ‘kami jual makanan, bukan emas’

Dalam mengira harga makanan berasaskan ayam, Mosin berkata, ia bukan berlandaskan harga ayam sahaja, sebaliknya kena tengok kos rempah ratus dan kos pekerja yang semakin naik

9:00 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Pengendali restoran mamak belum bercadang menurunkan harga makanan berasaskan ayam di premis mereka, biarpun sekiranya terdapat penurunan harga bahan mentah itu susulan penamatan subsidi dan kawalan harga ayam yang bermula semalam.

Timbalan Presiden Persatuan Pengusaha Restoran Muslim Malaysia (PRESMA), Datuk Mohammed Mosin Abdul Razak berkata, buat masa ini pihaknya belum boleh membuat keputusan sama ada menurunkan atau mengekalkan harga itu.

Katanya, keputusan menurunkan harga menu sukar dibuat kerana masakan berasaskan ayam itu turut mengandungi bahan lain.

“Pengguna perlu tahu satu perkara, bila ayam mentah turun harga, kita bukan jual ayam mentah, kita jual ayam kari, ayam goreng, ayam kicap, tapi barang masakan lain tidak turun.

“Lagipun kita kena tahu jika harga itu turun, berapa lama pula? Katalah ayam turun harga minggu ini, kita ikut turunkan harga makanan berasaskan ayam, (tetapi) minggu depan harga ayam mentah naik semula, takkan kita hendak naikkan semula harga, kami jual makanan, bukan emas (ikut harga pasaran),” katanya kepada Scoop.

Difahamkan, harga ayam di kebanyakan premis makanan adalah antara RM5 hingga RM6 seketul.

Terdahulu, kerajaan bersetuju subsidi harga ayam ditamatkan sepenuhnya bermula semalam.

Penamatan subsidi secara pukal bagi ayam itu, dilaksanakan demi mengurangkan ketirisan subsidi yang turut dinikmati warga asing dan golongan berpendapatan tinggi.

Langkah penamatan subsidi ayam itu diputuskan selepas mengambil kira situasi dan trend semasa bekalan serta harga ladang, selain kos pengeluaran ayam mula stabil yang menyumbang kepada harga pasaran semasa kini di bawah harga siling.

Mosin berkata, bagi menurunkan harga makanan, ayam mentah perlu turun pada harga konsisten bagi membolehkan pihak premis mengurangkan atau menetapkan harga hidangan ayam.

“Kalau harga itu betul-betul turun banyak dan konsisten, oklah (untuk turunkan harga makanan). Masalah sekarang kalau harga turun sehingga RM8 pun, harga itu bukan harga beli, dulu RM5 sahaja sekarang ada jual sampai RM9, RM10 bagi setiap kilogram ayam. Jadi macam mana hendak turunkan harga.

“Dalam kira kos makanan itu, kita tidak lihat pada harga ayam sahaja, kena tengok kos rempah ratus, kos pekerja yang semakin naik, ini semua kena ambil kira,” katanya.

Beliau turut meminta supaya tempoh seminggu dua diberikan kepada pihaknya bagi memantau kestabilan harga ayam mentah di pasaran, sebelum membuat kenyataan lanjut berhubung harga makanan berasaskan ayam,” katanya.

Sementara itu, Timbalan Presiden Persatuan Pengusaha Restoran Islam Malaysia (PRIM), Datuk Kadhar Shah Abdul Razak berkata, pihaknya belum membincangkan keperluan menurunkan harga makanan berasaskan ayam.

“Sekarang pun bukan harga ayam sahaja, beras, telur, serbuk kopi dan susu, semua naik, rempah import dari luar, ringgit jatuh jadi kena bayar tinggi.

“Tapi apa kita boleh buat ketika ini, maintain (kekal) dulu harga, tengok keadaan sebelum buat apa-apa keputusan lanjut,” katanya. – 2 November, 2023

Topics

Hangat

Mamak restaurants’ group to sue TikTok user for defaming industry

The Malaysian Muslim Restaurant Owners’ Association (Presma) will proceed with suing a TikTok user for making defamatory claims about food preparation and cleanliness at mamak restaurants.

Masked assailant kills two cops, injures one in attack on Ulu Tiram police station

Suspect shot dead at scene of early-morning assault, pistol and sub-machine gun seized

‘Non-Bumiputera doctors don’t even want to enrol at UiTM,’ says Umno’s Akmal

Umno Youth chief says certain quarters with ‘political interests’ are harping on the issue to disrupt racial harmony

Related