◉ HEADLINES

Fahmi ucap takziah atas pemergian Tia Jinbara

Beliau mengharapkan semoga keluarga Allahyarham diberi ketabahan dengan ujian itu

11:18 PM MYT

 

KUALA LUMPUR: Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil merakamkan ucapan takziah atas pemergian penyanyi yang juga bekas vokalis kumpulan Jinbara, Tia atau Shamsul Bakhtiar Zakaria, 53, malam ini.

Beliau mengharapkan semoga keluarga Allahyarham diberi ketabahan dengan ujian itu.

“Innalillahi wa inna ilaihi raji’un. Menerima berita sedih. Salam takziah buat keluarga Allahyarham Tia, bekas vokalis kumpulan Jinbara yang meninggal dunia sebentar tadi.

“Semoga keluarga Allahyarham tabah dengan ujian ini. Al-Fatihah,” katanya menerusi ciapan di Twitter.

Tia disahkan meninggal dunia akibat barah hati pada jam 9.12 malam tadi di Hospital Shah Alam (HSA), Selangor.

Berita duka itu dimaklumkan isteri yang juga pengurusnya, Suzan Ahmad.

“Assalamualaikum. Tia sudah tiada,” katanya melalui pesanan ringkas kepada Scoop.

Terdahulu, Tia menerima rawatan di HSA sejak Rabu minggu lalu, selepas dibawa isterinya kerana mengalami sakit perut.

Media melaporkan, Tia memerlukan RM250,000 yang sedang disumbangkan banyak pihak bagi membolehkannya melakukan pembedahan, dengan Suzan bersedia mendermakan hatinya.

Dia menyertai Jinbara pada tahun 2007 dan popular dengan lagu Farhana Puteri Bumi Kenyalang dan Patri. – 8 November, 2023

Topics

 

◉ Hangat

InDrive faces termination for flouting guidelines

It is the second Russian e-hailing app after Maxim to face ban by Land Public Transport Agency

Apad confirms inDrive licence revoked effective July 24, but company can appeal

Russian-based company can file appeal through the agency for the Transport Ministry's consideration

RM4,000 grant to scrap old car, buy new Proton, Perodua

Under Budget 2026, government and national car makers to provide the grant to ensure better road safety

◉ Related