◉ HEADLINES

Bunuh diri akibat buli siber, kejayaan program Rakan Muda antara isu dikupas Dewan Rakyat

Dewan Rakyat juga akan menyambung semula perbahasan peringkat jawatankuasa Rang Undang-Undang Perbekalan 2024 (Belanjawan 2024) yang memasuki hari terakhir melibatkan beberapa kementerian berkaitan

8:32 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Isu kes bunuh diri akibat buli siber dan kejayaan program Rakan Muda antara isu yang akan dikupas pada sesi soal jawab persidangan Dewan Rakyat di sini hari ini.

Menurut aturan urusan mesyuarat di laman sesawang Parlimen, persoalan berhubung langkah mencegah penyalahgunaan media sosial hingga adanya kes bunuh diri dilaporkan akibat buli siber di platform TikTok, diajukan Datuk Mas Ermieyati Samsudin (PN-Masjid Tanah) kepada Menteri Komunikasi dan Digital.

Sementara itu, Sim Tze Tzin (PH-Bayan Baru) pula meminta Menteri Belia dan Sukan menyatakan kejayaan program Rakan Muda setakat ini dan bagaimana program itu membantu menyatupadukan masyarakat dan memerangi ekstremis berkaitan elemen 3R iaitu raja, agama dan bangsa dalam negara.

Pada sesi sama, Datuk Seri Johari Abdul Ghani (BN-Titiwangsa) pula minta Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup menyatakan jumlah minyak masak peket bersubsidi yang dikeluarkan kementerian pada setiap bulan dan berapa jumlah diagihkan kepada golongan isi rumah B40 serta peniaga mikro.

Selain itu, persoalan mengenai syor yang dikemukakan Pasukan Petugas Projek Perumahan Swasta Sakit dan Terbengkalai yang diwujudkan baru-baru ini dalam isu perumahan terbengkalai turut diajukan oleh Afnan Hamimi Taib Azamudden (PN-Alor Setar) kepada Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan.

Usai sesi itu, persidangan Dewan Rakyat menyambung semula perbahasan peringkat jawatankuasa Rang Undang-Undang Perbekalan 2024 (Belanjawan 2024) yang memasuki hari terakhir melibatkan beberapa kementerian berkaitan.

Berdasarkan takwim Dewan Rakyat, minggu ini adalah minggu akhir persidangan Dewan Rakyat yang bermula 9 Okt lepas hingga Khamis ini. – 27 November, 2023

Topics

 

◉ Hangat

Budget 2026: RM580m boost for sports development

Funding will strengthen elite programmes, prepare for the 2027 SEA and Asean Para Games, and upgrade facilities while expanding support for para-athletes

‘Tambah spot busking di Bukit Bintang’ Bob Sentuhan Buskers mohon DBKL beri pertimbangan

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) diminta menambah lagi ‘spot’ untuk pemuzik jalanan di ibu kota mengadakan persembahan terutama di kawasan sekitar Bukit Bintang yang menjadi tumpuan pelancong luar.

Noki K-Clique sedang mengenali seorang pelakon wanita, rancang berkahwin usia 30 pada tahun hadapan

Melihat rakan-rakan seperjuangan lain sudah mendirikan rumahtangga, ia membuatkan rapper dan juga pelakon, Noki K-Clique berasa tertekan serta mahu mengikut jejak langkah yang sama

◉ Related