Tumbuk ibu kandung kerana tak bagi RM10, buruh dipenjara setahun

Lelaki tersebut meminta wang sebanyak RM10 dan disebabkan ibunya enggan memberikan wang, dia bertindak menumbuk lengan kiri ibunya

4:44 PM MYT

 

TELUK INTAN – Seorang buruh kebun sawit dihukum penjara setahun oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini selepas mengaku bersalah atas pertuduhan menyebabkan kecederaan ke atas ibu kandungnya yang enggan memberi wang, Isnin lalu.

Majistret T. Ashvinii memerintahkan Chai Chon Tak, 29, dijatuhi hukuman itu bermula tarikh ditangkap iaitu pada hari kejadian.

Mengikut kertas pertuduhan, lelaki terbabit dengan sengaja menyebabkan kecederaan ke atas Hew Yoke Cheng, 50, yang merupakan ibu kandungnya di sebuah rumah dalam bangunan pejabat DAP, Lorong Taman Langkap Jaya di sini, kira-kira 3 petang 27 November lalu.

Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 326A kanun sama yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum setahun atau denda sehingga RM2,000 atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Seksyen 326A Kanun Keseksaan pula memperuntukkan hukuman penjara dua kali ganda dari tempoh maksimum pemenjaraan untuk kesalahan di bawah seksyen yang berkaitan jika sabit kesalahan.

Timbalan Pendakwa Raya, Izzudin Fakri Hamdan memohon hukuman bersifat pengajaran dikenakan kepada Chai dengan mempertimbangkan kecederaan kepada wanita berkenaan dan punca tertuduh meminta wang yang berlaku di depan khalayak ramai.

Peguam Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan, F. Faustina yang mewakili Chai merayu hukuman minimum dengan alasan anak guamnya yang masih bujang perlu menanggung ibu bapa dan pengakuan bersalah menjimatkan masa mahkamah.

Mengikut fakta kes, Chai meminta wang RM10 dan disebabkan ibunya enggan memberikan wang, dia bertindak menumbuk lengan kiri ibunya yang ketika itu berada bersama dua rakannya.

Ibunya yang enggan memberi Chai wang kerana mendakwa anaknya itu menghisap dadah membuat laporan polis kerana kejadian itu sering berlaku, dan bimbang terjadi perkara tidak baik terhadap beliau di kemudian hari. – 30 November, 2023

Topics

Hangat

UiTM student body launches ‘wear black’ protest against calls to admit non-Bumiputera 

This after doctors’ body MMA’s appeal to allow non-Malays into cardiothoracic surgery programme

Pakai baju hitam esok bantah buka UiTM kepada bukan Bumiputera: MPP

Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) UiTM melancarkan kempen bantahan pembukaan universiti tersebut kepada golongan bukan Bumiputera dan menggesa semua pelajar agar memakai pakaian berwarna hitam esok.

Mamak restaurants’ group to sue TikTok user for defaming industry

The Malaysian Muslim Restaurant Owners’ Association (Presma) will proceed with suing a TikTok user for making defamatory claims about food preparation and cleanliness at mamak restaurants.

Related