Hukuman tidak setimpal penderitaan ditanggung mangsa pencemaran Sungai Kim Kim

Salah seorang mangsa, Irfan Wafiy Idham Wazir sehingga kini perlu bertongkat selepas disahkan menghidap Myokymia, penyakit yang menyebabkan beberapa anggota badan menggeletar

4:36 PM MYT

 

JOHOR BAHRU – Keluarga mangsa pencemaran Sungai Kim Kim berharap kerajaan dapat mengkaji semula hukuman yang dijatuhkan kepada dalang pencemaran sungai berkenaan yang disifatkan tidak setimpal dengan penderitaan dialami mangsa.

Seorang daripada mangsa, Irfan Wafiy Idham Wazir, 16, sehingga kini menanggung penderitaan kerana perlu bertongkat selepas disahkan menghidap Myokymia, sejenis penyakit yang menyebabkan beberapa anggota badan menggeletar akibat pencemaran itu.

Ibunya, Norlela Abu Hashim, 50, ketika dihubungi Bernama berkata, kerajaan perlu memperketatkan lagi undang-undang dan mengenakan denda berat bagi memastikan tiada lagi individu berani membuat kesalahan pencemaran seumpama itu.

“Hukuman yang dijatuhkan perlu setimpal, jika ia (denda) hanya setakat itu (sedikit), ia seolah-olah nyawa budak-budak yang terkesan ini murah.

“Seperti anak saya yang sehingga sekarang masih memerlukan tongkat kerana tidak 100 peratus baik, meskipun kejadian ini telah berlaku sejak lima tahun lepas ketika dia darjah enam,” kata ibu lima anak itu.

Beliau berkata, anak keempatnya itu yang mempunyai semangat yang tinggi masih memerlukan rawatan terapi untuk menguatkan kakinya.

Norlela bagaimanapun menzahirkan ucapan tahniah kepada Jabatan Alam Sekitar (JAS) kerana mengendalikan kes itu sehingga individu terlibat berjaya dibuktikan bersalah.

Biarpun insiden pencemaran Sungai Kim Kim sudah lebih empat tahun berlalu, namun ia masih meninggalkan kesan kepada beberapa mangsa – Gambar Bernama, 3 Disember, 2023

Sementara itu, Mohd Rafee Abdullah, 51, berkata, pencemaran itu sehingga kini menjejaskan kesihatan dan masalah pernafasan terhadap anaknya, Nur Akma Darisha Sofea, 11.

Beliau berkata, seharusnya selain memberikan hukuman yang setimpal kepada pesalah, mangsa juga perlu mendapat pembelaan dari segi bantuan perubatan.

“Anak saya masih buat rawatan susulan pakar paru-paru di hospital, kadangkala dia bersekolah, kadangkala tidak, bergantung kepada keadaan kesihatan. Jadi saya berharap, agar kerajaan dapat turut membantu mangsa daripada segi bantuan perubatan berterusan untuk meringankan beban kami,” katanya.

Kejadian pencemaran sisa bahan kimia itu menggemparkan seluruh negara sehingga menjejaskan kesihatan lebih 2,000 orang awam dan menyebabkan 111 sekolah di Pasir Gudang ditutup susulan pembuangan sisa toksik di Sungai Kim Kim, Pasir Gudang pada 7 Mac 2019.

JAS dalam kenyataan malam tadi memaklumkan, seorang pemandu lori didenda maksimum RM100,000 oleh Mahkamah Sesyen Johor Bahru pada 30 November lalu kerana menyebabkan kejadian pencemaran membabitkan pelupusan haram buangan terjadual di Sungai Kim Kim.

Sementara itu, syarikat P Tech Resources Sdn Bhd, yang berdepan lapan pertuduhan mengikut Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Udara Bersih) 2014 juga didenda RM40,000 bagi setiap pertuduhan menjadikan jumlah keseluruhan denda RM320,000. – 3 Disember, 2023

Topics

Hangat

Saya juga manusia, punya hati: Ning Baizura sedih, terguris diri digelar Kristian, keluarga dikritik

Jelas Ning, beliau kecewa kerana daripada satu perkara kecil, ia diperbesarkan segelintir netizen, termasuk menyerang Instagramnya dengan kata-kata hinaan

Iranian President Ebrahim Raisi confirmed dead as burnt helicopter wreckage found

No survivors have been found since crashed helicopter site was discovered, says Iranian Red Crescent Society

Two bullets, profane letter in my mailbox: Teresa Kok lodges report on death threat

Seputeh MP shares her distress after discovering threatening note while retrieving her mail yesterday; police have inspected the scene at her residence

Related