◉ HEADLINES

Kes cabul OKU: Polis rekod keterangan 12 pelajar

Mangsa-mangsa mendakwa suspek akan mencabul tanpa mengira masa dan setiap kali mempunyai peluang

3:00 PM MYT

 

KEPALA BATAS – Polis telah merekodkan keterangan 12 pelajar bagi membantu siasatan berhubung kejadian cabul melibatkan 14 pelajar lelaki golongan orang kurang upaya (OKU) di asrama sebuah sekolah menengah di sini.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Selatan, Asisten Komisioner Mohd Asri Shafie berkata, pihaknya akan merekodkan keterangan beberapa lagi individu termasuk guru dan petugas di asrama sekolah itu bagi membantu siasatan.

“Kami sedang melengkapkan kertas siasatan itu, kemungkinan dalam minggu ini boleh disiapkan sebelum dihantar kepada pejabat Timbalan Pendakwa Raya untuk tindakan seterusnya,” katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Beliau berkata, berdasarkan siasatan awal, kejadian cabul membabitkan suspek pelajar Tingkatan Satu yang juga OKU itu berlaku sejak Oktober lalu dan 14 mangsa itu bertindak memaklumkan perkara tersebut kepada guru sekolah.

“Mangsa-mangsa mendakwa suspek akan mencabul tanpa mengira masa iaitu bila ada peluang dia akan buat (cabul). Mereka (mangsa-mangsa) menjadi trauma dan tidak tahan dengan tindakan suspek dan bertindak mengadu kepada guru sebelum pengetua membuat laporan polis,” katanya.

Kes itu katanya disiasat mengikut Seksyen 14 Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebatan jika sabit kesalahan.

Media sebelum ini melaporkan polis menahan seorang pelajar Tingkatan Satu bagi membantu siasatan berhubung kejadian mencabul 14 pelajar lelaki OKU di asrama sebuah sekolah menengah di sini, Jumaat lalu. – 4 Disember, 2023

Topics

 

◉ Hangat

Malaysia Airlines tops domestic flight punctuality rankings of 85.3%

National carrier led on-time performance up to May 2025, as government enforces stricter rules on delays and passenger compensation

Apad confirms inDrive licence revoked effective July 24, but company can appeal

Russian-based company can file appeal through the agency for the Transport Ministry's consideration

Influencer who recited Quran at Batu Caves accused of sexual misconduct in Netherlands

Abdellatif Ouisa has targeted recently converted, underage Muslim women, alleges Dutch publication

◉ Related