HEADLINES

SPRM mahu tarik balik permohonan dapatkan dokumen berhubung penyelesaian 1MDB

Pihak pemohon (SPRM) berhasrat untuk tidak meneruskan permohonan berkenaan dan memohon agar satu tarikh pengurusan kes baharu ditetapkan oleh mahkamah

3:31 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan menarik balik permohonannya bagi mendapatkan dokumen daripada dua peguam yang disyaki menerima rasuah dan pengubahan wang haram berkaitan proses penyelesaian antara kerajaan Malaysia dengan Ambank serta Goldman Sachs berkenaan isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

SPRM melalui dua surat bertarikh 29 Nov yang dihantar kepada mahkamah serta diperoleh media,  menyatakan bahawa pihak pemohon (SPRM) berhasrat untuk tidak meneruskan permohonan berkenaan dan memohon agar satu tarikh pengurusan kes baharu ditetapkan oleh mahkamah.

Menerusi semakan sistem mahkamah, kes itu ditetapkan untuk sebutan pada Rabu ini.

Pada 11 Okt lepas, SPRM memfailkan dua permohonan di Mahkamah Tinggi di sini dengan menamakan Chetan Jethwani dan firma guamannya, Chetan Jethwani & Co serta peguam Rosli Dahlan dan Rosli Dahlan Saravana Partnership sebagai responden.

Chetan merupakan peguam kepada Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam kes sivil manakala Rosli mewakili bekas Perdana Menteri itu dalam kes berkaitan projek Jana Wibawa.

Dalam permohonan itu, SPRM memohon dua responden masing-masing mengemukakan 10 dokumen antaranya surat pelantikan sebagai peguam Goldman Sachs (Chetan) dan 1MDB (Rosli), penyata akaun serta akaun dua firma guaman berkenaan.

Dokumen itu diperlukan untuk mengenal pasti pelantikan dua responden sebagai peguam Goldman Sachs dan 1MDB dalam urusan penyelesaian dengan pihak kerajaan Malaysia berkaitan 1MDB. 

Berdasarkan afidavit kedua-dua permohonan itu, Pegawai Penyiasat SPRM Mohamad Sabri Mohd Latif berkata siasatan sedang dijalankan terhadap dua responden itu di bawah Seksyen 17 (a) Akta SPRM 2009 serta Seksyen 4(1) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001 (AMLATFPUAA).

Sementara itu, Rosli pada 3 Nov lepas, memohon untuk membatalkan permohonan SPRM atas alasan agensi berkenaan tidak mempunyai kedudukan undang-undang atau locus standi untuk mendapatkan dokumen tersebut. – 4 Disember, 2023

Topics

 

Hangat

Influencer who recited Quran at Batu Caves accused of sexual misconduct in Netherlands

Abdellatif Ouisa has targeted recently converted, underage Muslim women, alleges Dutch publication

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

National shuttlers demand RM2 million salaries: can BAM keep up financially?

Several top athletes aim for salaries that could outpace even the highest-earning footballers, raising questions about the sustainability of funding within Malaysian sports

Related