HEADLINES

Hormat institusi Parlimen, hadir jawab soalan sidang Dewan Negara: Wan Junaidi

3:27 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Yang Dipertua Dewan Negara Tan Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar hari ini mengingatkan ahli jemaah menteri supaya menghormati institusi Parlimen dengan hadir menjawab soalan yang dikemukakan kepada kementerian yang diwakili.

Beliau berkata Dewan Negara harus dihormati dan kehadiran seseorang menteri sangat penting dalam menjelaskan sesuatu persoalan yang dibangkitkan oleh Ahli Dewan Negara.

“Saya memperingatkan, kalau Perdana Menteri (Datuk Seri Anwar Ibrahim) boleh datang, kedua-kedua Timbalan Perdana Menteri (Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Datuk Seri Fadillah Yusof) boleh datang (ke sidang Dewan Negara), takkan menteri tak boleh datang?

“Tak kan lah tempat ini rendah sangat untuk menteri datang. Ini dewan tertinggi Parlimen,” kata beliau semasa Timbalan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Khairul Firdaus Akbar Khan sedang menjawab pertanyaan pada sesi jawab lisan di Dewan Negara di sini hari ini.

Terdahulu, Senator Amir Md Ghazali ketika mengemukakan soalan tambahan meminta penjelasan mengenai kedudukan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Datuk Seri Tiong King Sing yang beliau dakwa  tidak pernah hadir menjawab soalan sejak lebih lapan bulan beliau berada di Dewan Negara.

Wan Junaidi turut menegur Khairul Firdaus yang tidak menjawab soalan sebagaimana yang diajukan kepada kementerian itu.

“Yang Berhormat (Khairul Firdaus) jawab banyak pasal hal produk pelancongan (sahaja), yang ditanya di (sidang) ini adalah sikap pemain industri (dan) bukan produk (sahaja)… harap kementerian (Pelancongan, Seni dan Budaya) buat betul-betul jawapan itu,” katanya. – 11 Disember, 2023

Topics

 

Hangat

38% of AirAsia flights delayed in 2024: Loke

Minister outlines measures to improve on-time performance, including incentives, penalties, and full refunds for major delays

Malaysia Airlines tops domestic flight punctuality rankings of 85.3%

National carrier led on-time performance up to May 2025, as government enforces stricter rules on delays and passenger compensation

10 filem patriotik pasukan beruniform tanah air ini wajib ditonton!

Harus diakui bahawa Malaysia masih lagi kekurangan filem-filem bergenre kenegaraan yang mampu membangkitkan semangat nasionalisme dan jiwa patriostisme rakyat terhadap negara yang berjaya bebas dari cengkaman penjajah sejak 66 tahun lalu

Related