HEADLINES

Anwar akan turun ke Kelantan esok tinjau situasi banjir

Jumlah mangsa banjir di negeri itu meningkat kepada 17,466 orang daripada 5,510 keluarga setakat 8 pagi ini

4:10 PM MYT

 

KUALA LUMPUR — Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim akan turun ke Kelantan esok bagi meninjau sendiri situasi banjir yang melanda negeri itu ketika ini.

Perkara itu dikongsi Anwar menerusi hantaran di Facebook susulan pertemuannya bersama Perdana Menteri Thailand Srettha Thavisin di Phuket, Thailand semalam. 

“Kami juga sempat bicara terkait situasi banjir yang berlaku ketika ini dan insya-Allah esok saya akan turun ke Kelantan bagi meninjau sendiri situasi yang semakin membimbangkan di sana.

“Semoga Allah segera mengangkat bencana ini,” katanya.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Kelantan hari ini memaklumkan, jumlah mangsa banjir di negeri itu meningkat kepada 17,466 orang daripada 5,510 keluarga setakat 8 pagi ini berbanding 15,994 mangsa daripada 4,967 daripada keluarga yang direkodkan malam tadi.

Kesemua mangsa di lapan jajahan iaitu Pasir Mas, Tanah Merah, Jeli, Gua Musang, Kuala Krai, Machang, Pasir Puteh dan Kota Bharu itu berlindung di 89 PPS.

Sementara itu, Anwar berkata dalam pertemuannya secara santai bersama Srettha, mereka berdua turut menyentuh beberapa perkara penting antaranya melibatkan soal pelancongan Malaysia dan Thailand.

“PM Srettha menyatakan kesediaan Thailand untuk mempromosikan pelancongan di Phuket, Langkawi dan kawasan lain di utara Semenanjung negara secara bersama memandangkan peningkatan mendadak pelancong Malaysia ke Thailand.

“Selain itu, kami berdua turut bersetuju untuk menyegerakan Projek Jalan Sadao-Bukit Kayu Hitam serta Projek Jambatan Sungai Golok-Rantau Panjang,” katanya.

Anwar berkata beliau dan Srettha juga sepakat untuk bersama-sama membangunkan wilayah selatan Thailand dan utara Semenanjung secara lebih pesat, sekali gus menjamin limpahan ekonomi dan kemakmuran buat rakyat di kedua-dua wilayah ini.

Katanya, jawatankuasa khas peringkat tertinggi antara kedua-dua negara perlu melaporkan kemajuan projek dan perkara-perkara yang telah dipersetujui pada pertengahan bulan depan. – 27 Disember, 2023

Topics

 

Hangat

Over 23.6 million to benefit as new electricity tariff kicks in July 1

The Energy Commission has set a new average base tariff of 45.40 sen/kWh for RP4, slightly lower than before, bringing overall electricity costs down by up to 19% compared to the previous regulatory period

Malaysia pulls the plug on Kuwaiti Hornet deal after years of turbulence

RMAF walks away from costly, outdated aircraft amid rising concerns over integration, support, and long-term value

Influencer who recited Quran at Batu Caves accused of sexual misconduct in Netherlands

Abdellatif Ouisa has targeted recently converted, underage Muslim women, alleges Dutch publication

Related