HEADLINES

Banjir gelombang ketiga Terengganu pulih sepenuhnya

Pusat pemindahan sementara (PPS) terakhir di negeri itu iaitu Dewan Serbaguna Taman Perumahan Wakaf Tengah di daerah Kuala Nerus ditutup pada 2 petang ini

3:24 PM MYT

 

KUALA TERENGGANU – Banjir gelombang ketiga yang melanda Terengganu bermula 23 Dis lepas kini pulih sepenuhnya. 

Menurut sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Terengganu (JPBNT), pusat pemindahan sementara (PPS) terakhir di negeri itu iaitu Dewan Serbaguna Taman Perumahan Wakaf Tengah di daerah Kuala Nerus yang menempatkan enam mangsa ditutup pada 2 petang ini. 

Terdahulu, Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) mengeluarkan amaran banjir diramal berlaku secara berperingkat di beberapa kawasan rendah berhampiran sungai iaitu dalam lingkungan lima kilometer (km) di Terengganu bermula 2 pagi Ahad (24 Dis) hingga 2 pagi Selasa (26 Dis).

Bagaimanapun, hujan lebat pada Sabtu (23 Dis) memaksa PPS pertama dibuka lebih awal iaitu di Sekolah Kebangsaan (SK) Pusat di Dungun pada 9.30 malam dengan 21 mangsa mula dipindahkan ke situ. 

Marang seterusnya menjadi daerah kedua dilanda banjir pada hari sama (Sabtu) apabila 12 orang daripada tiga keluarga terpaksa mencari perlindungan di PPS Dewan Sivik Wakaf Tapai yang dibuka pukul 10 malam. 

Episod hujan lebat yang berterusan menyaksikan satu demi satu daerah di Terengganu mula menerima tempias musibah itu dan Kuala Terengganu menjadi penggenap lapan daerah di negeri berkenaan dilanda banjir iaitu pada Selasa (26 Dis). 

Bilangan mangsa banjir tertinggi juga dicatatkan pada 26 Dis iaitu 10,643 orang daripada 2,913 keluarga yang berlindung di 134 PPS.

Banjir itu juga mengejutkan ramai pihak apabila gugusan Felda Rasau Kerteh di Ketengah Jaya, Dungun dilanda bencana berkenaan buat kali pertama dalam tempoh 40 tahun yang menyebabkan 260 mangsa dipindahkan ke PPS.

Setelah beberapa hari menyaksikan pertambahan angka mangsa banjir, gelombang ketiga bah di Terengganu mula menunjukkan tanda-tanda pengurangan pada Rabu (27 Dis) apabila bilangan mangsa yang direkodkan JPBNT berada di bawah 10,000 orang. 

Mulai Khamis (28 Dis), Besut menjadi daerah pertama pulih daripada banjir apabila kesemua PPS di daerah itu ditutup, diikuti Kuala Terengganu, Kemaman, Setiu, Hulu Terengganu, Marang, Dungun dan Kuala Nerus pada hari ini. – 31 Disember, 2023

Topics

 

Hangat

Influencer who recited Quran at Batu Caves accused of sexual misconduct in Netherlands

Abdellatif Ouisa has targeted recently converted, underage Muslim women, alleges Dutch publication

Cleared for layoffs? AirAsia to retrench 20% of workforce in major cost-cutting move

This allegedly involves cabin services, cargo and logistics, engineering and maintenance, as well as the commercial division, according to Scoop’s source

National shuttlers demand RM2 million salaries: can BAM keep up financially?

Several top athletes aim for salaries that could outpace even the highest-earning footballers, raising questions about the sustainability of funding within Malaysian sports

Related