HEADLINES

Hujan lebat berterusan di Pekan dan Rompin, Pahang hari ini

Jawatankuasa Pengurusan Bencana (JPB) peringkat negeri/daerah diaktifkan serta tahap kesiapsiagaan ditingkatkan bagi menghadapi bencana

9:27 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan ramalan hujan lebat berterusan di Pekan dan Rompin, Pahang hari ini.

Berdasarkan ramalan yang dikeluarkan pada 8.15 pagi ini, hujan berterusan juga dijangka berlaku di Kuantan, Pahang dan seluruh Johor. 

Sehubungan itu, Pusat Kawalan Bencana Negara (NDCC), Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA)  meminta Jawatankuasa Pengurusan Bencana (JPB) peringkat negeri/daerah diaktifkan serta meningkatkan tahap kesiapsiagaan bagi menghadapi bencana terutama di kawasan berisiko tinggi.

“Pihak JPB negeri dan daerah dimohon memastikan setiap pusat pemindahan sementara (PPS) dilengkapi keperluan asas dan Pos Kawalan Tempat Kejadian (PKTK) mempunyai aset pengoperasian mencukupi serta berada dalam keadaan baik dan bersedia untuk digunakan,” demikian menurut kenyataan NADMA di sini hari ini. 

NADMA melalui NDCC sentiasa memantau situasi parameter maklumat teknikal dengan kerjasama pelbagai agensi teknikal.

Selain itu, NDCC juga sentiasa dalam kesiapsiagaan menerima maklumat bencana, bantuan pengurusan dan pengoperasian bencana dari semasa ke semasa melalui nombor telefon 03-80642400, faksimili 03-80642429 dan e-mel [email protected]. – 7 Januari, 2024

Topics

 

Hangat

‘Robbed again’: Johor Orang Asli accuse trustees of misusing RM6mil from land compensation fund

Linggiu Valley community files MACC report, claiming decades-old RM38.5mil trust meant for their families has been abused repeatedly

Malaysia breaks 11-year losing streak against Vietnam with impressive 4-0 victory

The national team showed effective teamwork and fast-paced plays that kept their opponents under pressure

Axelsen confirms split from wife, just over a week after World Championships withdrawal

The Dane revealed the news on social media on Tuesday evening, saying the decision to part ways was made on amicable terms

Related