Kerajaan perlu bangunkan ekonomi kitaran bantu bumiputera

Sektor tersebut dijangka mampu menjana keuntungan lebih RM100 bilion setahun kepada negara

5:37 PM MYT

 

PUTRAJAYA – Kerajaan disaran mewujudkan dasar dan hala tuju lengkap berkaitan ekonomi kitaran yang mampan untuk menjadi ‘game changer’ kepada golongan peneroka serta pekebun kecil.

Pengerusi Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda), Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata, ini kerana sektor tersebut dijangka mampu menjana keuntungan lebih RM100 bilion setahun kepada negara.

“Kalau tanya apa yang saya sebut tadi, saya menekankan satu aspek, iaitu mengenai keperluan negara mempunyai ‘roadmap’ jangka pendek dan jangka panjang untuk melaksanakan sistem ekonomi kitaran.

“Sekiranya berlaku, ia akan memanfaatkan Felda, FGV, peneroka dan pekebun kecil apabila barang yang dipanggil sisa, bukan sesuatu yang boleh dibuang tetapi menghasilkan nilai besar untuk negara,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika membentangkan hasil libat urus bagi kluster Felda dan Tanah Wilayah pada Kongres Ekonomi Bumiputera (KEB) 2024 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) di sini, hari ini.

Mengulas lanjut, Ahmad Shabery berkata, bidang yang boleh diberikan tumpuan ialah penghasilan bahan api penerbangan mampan (SAF) dan penternakan ‘black soldier fly’ (ulat) yang berupaya menjadi bahan makanan untuk ternakan seperti ayam.

“Malaysia sudah ada Pelan Tindakan Kebangsaan Biomas, Dasar Agrikomoditi Kebangsaan tetapi mengenai ekonomi kitaran, kita belum begitu jelas kerana negara lain antaranya seperti Finland sudah ada semua ini.

“(Tapi) Di negara kita masih belum ada, manakala banyak negara lain sudah menuju kepada bidang ekonomi ini. Nilai ‘black soldier fly’ begitu tinggi, manakala SAF nilainya (ketika ini) dua kali ganda daripada bahan api untuk penerbangan biasa. Ia terus meningkat harganya, orang mencari,” katanya.

Beliau berkata, sekiranya kerajaan mahu membantu ekonomi Bumiputera, mereka perlu meneroka bidang penting pada masa hadapan, khususnya dalam ekonomi kitaran.

“Jangan kita ajar anak kita pergi kursus fotografi, macam mana nak cuci filem sebab kedai gambar dah tak ada sekarang ini atau nak minta permit teksi. Orang dah tak naik teksi dah sekarang ini. Dulu dianggap itu bantu ekonomi bumiputera.

“Tetapi dalam dunia kitar semula, kalau nak membantu ialah bangunkan industri ‘black soldier fly’. Ini adalah makanan masa depan. Bagaimana ia menjadi asas makanan ternakan boleh menggantikan jagung dan kacang soya,” katanya.

Sementara itu, beliau berkata, permintaan negara luar terhadap SAF dari negara ini amat tinggi.

“Permintaan negara luar, saya kira kita berjaya mengeluarkan secara sistematik bahan api penerbangan manfan (SAF) tadi. Permintaannya sudah tinggi.

“Sekarang ini pun, tempurung sawit (kernel shell) sudah banyak dieksport ke Jepun. Tetapi sebelum ini kita tak lihat (sama ada) harganya itu adalah berpatutan,” katanya. – 29 Februari 2024

Topics

Hangat

Saya juga manusia, punya hati: Ning Baizura sedih, terguris diri digelar Kristian, keluarga dikritik

Jelas Ning, beliau kecewa kerana daripada satu perkara kecil, ia diperbesarkan segelintir netizen, termasuk menyerang Instagramnya dengan kata-kata hinaan

Iranian President Ebrahim Raisi confirmed dead as burnt helicopter wreckage found

No survivors have been found since crashed helicopter site was discovered, says Iranian Red Crescent Society

Two bullets, profane letter in my mailbox: Teresa Kok lodges report on death threat

Seputeh MP shares her distress after discovering threatening note while retrieving her mail yesterday; police have inspected the scene at her residence

Related