◉ HEADLINES

Gangguan bekalan air berjadual di P. Pinang pulih sepenuhnya: PBAPP

PBAPP memaklumkan tahap ketiga dan tahap keempat pemulihan bekalan air membabitkan pengguna terjejas di Seberang Perai dan di bahagian pulau negeri itu serta baki 0.5 peratus daripada pengguna terjejas di kawasan kejiranan selesai sepenuhnya jam 6 pagi tadi

10:38 AM MYT

 

GEORGE TOWN – Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBAPP) memaklumkan telah berjaya memulihkan bekalan air kepada 590,000 keseluruhan pengguna yang terjejas gangguan bekalan air berjadual sejak Rabu lepas mengikut jadual yang ditetapkan hari ini.

Dalam kenyataan hari ini, PBAPP memaklumkan tahap ketiga dan tahap keempat pemulihan bekalan air membabitkan 99.5 peratus daripada 590,000 pengguna terjejas di Seberang Perai dan di bahagian pulau negeri itu serta baki 0.5 peratus daripada pengguna terjejas di kawasan kejiranan hujung paip agihan (EoL) dan tanah tinggi di kawasan selatan bahagian pulau kedua-duanya selesai sepenuhnya pukul 6 pagi tadi.

Gangguan bekalan air berjadual itu disebabkan kerja-kerja penggantian dua unit injap kawalan 1.2 meter (m) yang bocor di Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Dua dan projek kerja air serta penyelenggaraan pencegahan di 22 lokasi lain dan kesemuanya siap pada 10 Jan malam, iaitu lebih awal daripada jadual.

Seterusnya pemulihan bekalan air tahap satu dinormalisasi secara berperingkat membabitkan 197,025 pengguna air iaitu 33 peratus daripada 590,000 pengguna terjejas di Seberang Perai dan kesemua pengguna selesai menerima bekalan air pada 6 pagi 12 Jan.

Pemulihan air tahap kedua pula dengan pengepaman optimum air terawat dari LRA Sungai Dua ke bahagian pulau bagi memulihkan bekalan air kepada 495,065  pengguna atau 84 peratus dan selesai sepenuhnya 6 pagi, 13 Jan.

Sementara itu, dalam kenyataan berasingan, PBAPP memaklumkan ia menganggarkan kehilangan 110 juta liter sehari (JLH) air tidak berhasil (NRW) disebabkan oleh kebocoran saluran paip di bawah permukaan Sungai Perai pada Jumaat lepas.

Berdasarkan laporan awal yang dikeluarkan malam tadi PBAPP menyebut jumlah itu bersamaan dengan 11 peratus daripada jumlah isi padu air terawat sebanyak 1,016 juta liter sehari (MLD) yang dipam keluar dari Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Dua.

“Tindakan pemulihan di Sungai Perai kini berada di peringkat respons kecemasan dan sedang berterusan yang mana pemantauan rapi dilakukan oleh  penyelam komersial.

“Peringkat seterusnya pula adalah penyelesaian interim, iaitu cadangan pemasangan saluran paip 2 x 600 milimeter (mm) bersebelahan dengan Jambatan Ampang Jajar bagi menggantikan saluran paip dasar sungai yang rosak,” menurut kenyataan itu.

PBAPP memaklumkan kerja-kerja awal bagi penggantian paip itu sudah pun bermula dan jangkaan siap dalam tempoh 21 hari.

Sementara itu PBAPP menjelaskan, penyelesaian kekal yang paling rasional pula adalah dengan memasang saluran paip 1,350mm baharu yang disokong oleh struktur yang teguh dan bebas. 

Menurutnya, kelulusan bajet RM5 juta bagi tujuan itu akan disegerakan dan sekiranya diluluskan penyelesaian itu akan mengambil masa empat hingga enam bulan untuk dilaksanakan. – 14 Januari, 2024

Topics

 

◉ Hangat

Over 23.6 million to benefit as new electricity tariff kicks in July 1

The Energy Commission has set a new average base tariff of 45.40 sen/kWh for RP4, slightly lower than before, bringing overall electricity costs down by up to 19% compared to the previous regulatory period

Malaysia pulls the plug on Kuwaiti Hornet deal after years of turbulence

RMAF walks away from costly, outdated aircraft amid rising concerns over integration, support, and long-term value

More than 100 Foodpanda riders protest over low wages at company headquarters

New Google Maps-based system forces riders to make more deliveries to make ends meet

◉ Related