HEADLINES

PM arah setiap agensi kawal selia kemuka kaedah penambahbaikan AP, IP

Perkara itu dipersetujui dalam mesyuarat MTEN yang dipengerusinya hari ini

8:49 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Anwar Ibrahim mengarahkan setiap agensi kawal selia berkaitan untuk mengemukakan kaedah penambahbaikan kepada Jemaah Menteri bagi meningkatkan kecekapan dan ketelusan proses analisis risiko import.

Perdana Menteri berkata, perkara itu dipersetujui dalam Mesyuarat Majlis Tindakan Ekonomi (MTEN) yang dipengerusinya di Putrajaya, hari ini.

“MTEN hari ini membincangkan mengenai penambahbaikan tatakelola Approved Permit (AP) dan Permit Import (IP) ke arah meningkatkan daya saing negara.

“Adalah penting bagi kerajaan mencari satu formula bukan sahaja memberi keuntungan kepada pengguna tetapi juga kepada pengeluar tempatan terutama dalam memastikan keterjaminan bekalan makanan negara sentiasa mencukupi,” katanya menerusi hantaran di Facebook, hari ini.

Pada masa sama, Anwar menyarankan Ketua Audit Negara, Datuk Wan Suraya Wan Mohd Radzi untuk melaksanakan proses audit bagi sektor terpilih untuk memastikan pelaksanaan AP dan IP mencapai sasaran dan memenuhi matlamat ditetapkan.

Selain itu, beliau turut mengarahkan Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC) untuk melaksanakan kajian dan penilaian terhadap tatakelola dan pengimportan barangan halal.

“Suruhanjaya Persaingan Malaysia (MyCC) pula diminta mengkaji isu berkaitan kewujudan kartel dalam isu pengimportan barangan berasaskan makanan,” katanya.

Menurutnya, bagi memperkukuh keberkesanan perbincangan dan keputusan, beliau bersetuju menambah ahli tetap MTEN.

Beliau berkata, mereka terdiri daripada Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz; Menteri Digital, Gobind Singh Deo dan Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan.

“Terkait dengan pelaksanaan Sistem Pangkalan Data Utama (Padu) yang saya luncurkan pada 2 Januari 2024, mesyuarat membentangkan kemajuan semasa dan memberi pandangan langkah yang perlu diambil oleh agensi berkaitan.

“Ini terutamanya berkaitan keselamatan data dan kaedah untuk meningkatkan jumlah pendaftaran,” katanya. – 15 Januari, 2024

Topics

 

Hangat

Over 1,700 Malaysian products to enjoy zero tariffs under new US trade deal

Palm oil, rubber, cocoa and aerospace equipment among exports covered under the Reciprocal Trade Agreement signed between Malaysia and the United States

Malaysia bans ‘Hong Thai Inhaler’ after Thailand recall over bacterial contamination

Health Ministry blocks online sales and warns public to stop using the unregistered product, citing serious health risks

Dilema pelakon veteran, tiada tawaran sejak berbulan lamanya, watak ibu digantikan dengan pelakon muda

Kisah pelakon veteran tidak menerima sebarang tawaran lakonan bukanlah sesuatu yang baru. Kemelut ini berlaku sejak sekian lama namun situasi ketika ini semakin meruncing

Related