◉ HEADLINES

Akta Parlimen Berpenggal Tetap bukan keutamaan sekarang: PM

Perkara itu tidak pernah dibincangkan, selain dianggap belum matang untuk dilaksanakan dalam masa terdekat

1:46 PM MYT

 

SERDANG – Cadangan supaya diperkenalkan satu rang undang-undang (RUU) khusus, iaitu Akta Parlimen Berpenggal Tetap bagi membolehkan kerajaan yang dibentuk selepas Pilihan Raya Umum (PRU), mentadbir dan bertahan hingga akhir penggal, bukan menjadi keutamaan ketika ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, malah perkara itu tidak pernah dibincangkan, selain dianggap belum matang untuk dilaksanakan dalam masa terdekat.

“Kita akan mengkaji…tetapi bagi saya ia bukan satu keutamaan ketika ini.

“Masalah yang timbul sebenarnya berpunca dari pembangkang. Mereka tiada asas dan sangat lemah ketika ini.

“Malah, tiada sokongan satu pertiga…keutamaan saya ingin membawa transformasi kepada Malaysia menjadi negara hebat,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada media selepas melancarkan AI Untuk Rakyat di Universiti Putra Malaysia di sini, hari ini.

Terdahulu, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mencadangkan satu undang-undang khusus dilaksanakan agar kerajaan dapat memberi fokus dalam mentadbir negara, sekali gus mengelak sebarang ganggu gugat politik yang tidak berkesudahan daripada pihak pembangkang.

Katanya, RUU itu juga penting bagi menghalang usaha menumbangkan kerajaan pimpinan Anwar secara ‘tebuk atap’.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said berkata, pihaknya menyambut baik cadangan Ahmad Zahid berhubung penggubalan akta berkenaan.

Azalina turut menyifatkan penggubalan Akta Parlimen Berpenggal Tetap bukan langkah terdesak.

Ujarnya, ia sebaliknya mencerminkan komitmen Kerajaan Perpaduan sebagai menghormati mandat pilihan raya, proses demokrasi dan memastikan kestabilan politik dalam keadaan semasa geopolitik yang tidak menentu. – 16 Januari, 2024

Topics

 

◉ Hangat

Qatar to host final stages of 2025 FIFA Confederations Cup for second year running

Tournament kicks off in Jeddah this September, with final three matches—including the decider featuring PSG—set for December in Qatar

Apad confirms inDrive licence revoked effective July 24, but company can appeal

Russian-based company can file appeal through the agency for the Transport Ministry's consideration

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

◉ Related