◉ HEADLINES

KPT perlu segera henti sistem birokrasi campuri keputusan universiti: PM

Setiap universiti wajar diberi ruang dan kebebasan untuk membuat keputusan mengikut kepentingan serta keutamaan institusi masing-masing

1:24 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Sistem birokrasi lama membabitkan campur tangan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) dalam membuat keputusan bagi pihak universiti harus segera dihentikan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, KPT wajar memberi ruang dan kebebasan kepada setiap universiti untuk membuat keputusan mengikut kepentingan serta keutamaan institusi masing-masing.

“Saya sudah mengarahkan KPT agar memberi kebebasan kepada universiti menentukan keutamaan mereka dan kemudian, baru maklumkan kepada kementerian sebelum sesuatu perkara itu dilaksanakan.

“Saya mencadangkan perkara ini kerana perlunya kita bergerak pantas selepas saya meneliti laporan PISA (Program Pentaksiran Pelajar Antarabangsa) yang mana keputusannya sedikit mengecewakan.

“Kalau kita masih lagi mengamalkan sistem birokrasi, kita akan jauh ketinggalan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis perasmian Wacana Pemikir Global 2024: The Next 100 Years: Vision 2100 for Malaysia di Dewan Tunku Canselor Universiti Malaya (UM) di sini, hari ini.

Dalam ucapannya itu, Anwar turut menggesa pihak universiti meneroka lebih luas bidang Kecerdasan Buatan atau Artificial Intelligence (AI) agar dapat terus memberi manfaat menerusi penggunaan teknologi tersebut, lebih-lebih lagi buat golongan belia.

“Walaupun kita (kerajaan) mempunyai sedikit peruntukan dana untuk bidang AI menerusi satu fakulti sahaja, saya menggalakkan universiti untuk meluaskan lagi program tersebut.

“Kita beri masa dan tengok dalam beberapa tahun lagi, bidang ini pasti akan berkembang maju jika kita pantas bergerak mengikut peredaran masa dan zaman,” katanya.

Wacana bertemakan 100 Tahun Akan Datang: Wawasan 2100 untuk Malaysia itu, bertujuan melakar sempadan baharu membabitkan pelbagai spektrum perspektif, hujah, perbincangan dan perbahasan analitikal serta kritikal mengenai kemajuan negara dan rantau ini pada masa hadapan.

Ia termasuk bidang kritikal dan strategik baharu bagi sektor dan industri yang disasarkan mampu memacu fasa kemajuan negara.

Program itu turut dihadiri Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Zambry Abd Kadir dan Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil. – 22 Januari, 2024

Topics

 

◉ Hangat

Schools may close if air quality worsens, five areas hit unhealthy levels: DOE

The department said the areas recorded unhealthy API readings, warns of RM1mil fine for open burning offenders

Malaysia Airlines, SIA join rush to cancel Middle East flights as Iran-US-Israel strikes escalate

More countries announce airspace closures as carriers suspend flights on Feb 28 and March 1, passengers reminded to check for updates on subsequent flights

Melaka schools to reopen on Oct 12 as API readings fall below 100

Air quality readings at all three monitoring stations in the state remain in the moderate range, with parents advised to monitor their children's health

◉ Related