HEADLINES

Ketirisan, ketidakcekapan akan merugikan negara: Amir Hamzah

Dalam proses itu, menangani rasuah juga adalah penting untuk Malaysia

5:07 PM MYT

 

PUTRAJAYA – Tatakelola yang baik penting bagi Kerajaan Perpaduan untuk menjayakan pelaksanaan pelbagai dasar termasuk Ekonomi Madani, Pelan Induk Perindustrian Baharu (NIMP) 2030 dan Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga Negara (NETR).

Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan berkata, tindakan yang menjurus kepada ketirisan dan ketidakcekapan pastinya akan merugikan negara.

“Tatakelola (baik) yang ada menjadi penting dan dalam proses itu, menangani rasuah (juga) adalah penting untuk Malaysia,” katanya dalam sidang media pertama sejak dilantik ke Kabinet pada 12 Disember tahun lepas, di sini hari ini.

Beliau berkata, Kerajaan Perpaduan dalam tahun pertama pentadbirannya menumpukan soal merangka dan meletakkan hala tuju dan keutamaan negara, bagi tahun ini pula, usaha akan dibuat untuk menjayakan dasar yang telah dirancang.

Katanya, NIMP 2030 dan NETR, antara komponen utama kerangka Ekonomi Madani akan dilaksanakan secara telus.

Beliau berkata, selain itu, Kajian Separuh Penggal (KSP) Rancangan Malaysia ke-12 (RMK12) juga telah diteliti agar perancangannya benar-benar sampai kepada rakyat seperti yang diharapkan kerajaan.

KSP RMK12, meliputi 17 anjakan sebagai pemangkin utama melalui 71 strategi dan inisiatif bagi menoktahkan kemiskinan tegar, menyelesaikan masalah asas prasarana dan keperluan asas rakyat termasuk membaiki sekolah dan klinik daif, menjamin bekalan air bersih serta meneraju ekonomi Islam. – 26 Januari, 2024

Topics

 

Hangat

Spotify hikes Premium subscription fees by RM1 to RM3 in Malaysia

Subscribers will face higher monthly payments across all Premium plans, effective from September

Best results since 2013: SPM 2024 shows improvement across the board

14,179 students scored straight A’s, significantly increasing from 11,713 last year and highest number in over a decade

Outspoken social activist Tan Sri Robert Phang dies at 85

Former MACC advisory board member known for his philanthropy and fearless views on corruption passed away on Friday

Related