Umno sokong usaha pinda Perlembagaan, jika bawa kebaikan kepada agama: Mohamad Hasan

Keputusan Mahkamah Persekutuan semalam lebih kepada masalah teknikal berbanding perundangan

11:40 AM MYT

 

KUALA LUMPUR — Umno akan terus menyokong segala usaha bagi meminda Perlembagaan Persekutuan seandainya langkah itu membawa kebaikan kepada agama dan negara.

Timbalan Presiden Umno, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, ia bagi berhadapan dengan masalah yang menuntut penyelesaian segera dan mengelakkan timbul keadaan yang tidak menentu.

“Kita menyokong segala usaha untuk segala pindaan Perlembagaan, apa yang baik untuk agama dan negara.

“Umno akan terus menyokong dan mahu melihat supaya kebaikan dapat kita bawa dan apa jua masalah (yang berbangkit) perlu disegera diselesaikan supaya ia tidak menimbulkan keadaan yang tidak menentu,” katanya kepada media selepas menghadiri Rumah Terbuka Tahun Baharu Cina MCA 2024 di Dewan San Choon, Wisma MCA di sini hari ini. – 10 Februari, 2024

Mengulas keputusan Mahkamah Persekutuan semalam, Ahli Parlimen Rembau itu berkata, isunya bukan disebabkan agama Islam dan mahkamah syariah tetapi lebih kepada masalah teknikal enakmen undang-undang syariah Kelantan.

Keputusan Mahkamah Persekutuan semalam telah menimbulkan kegusaran dalam kalangan umat Islam di negara ini. – Abdul Razak Latif/Scoop, 10 Februari, 2024

“Keputusan Mahkamah Persekutuan itu adalah keputusan penghakiman yang tertinggi. Ia lebih banyak kepada masalah teknikal daripada masalah perundangan.

“Pandangan saya bahawa Kerajaan Kelantan perlu menggubal undang-undang yang bertindih yang sedia ada dalam kanun undang-undang Persekutuan, jadi dalam perlembagaan itu tidak dibenarkan.

“Jadi dia bukan berkenaan agama Islam atau mahkamah syariah tetapi lebih kepada masalah keputusan kerajaan Kelantan itu adalah ultravires (bercanggah) dengan apa yang telah ada di dalam perlembagaan negara kita,” katanya.

Tambah beliau, isu ‘Black Friday’ seperti dakwaan pembangkang juga tidak timbul susulan keputusan mahkamah tertinggi itu.

“Apa yang patut kita lakukan.. saya dulu daripada negeri (bekas Menteri Besar Negeri Sembilan), kami bila kita hendak buat undang-undang enakmen jenayah ataupun undang-undang enakmen agama Islam, kami akan semak dahulu dengan penasihat undang-undang negeri sama ada berlaku pertindihan atau tidak dengan kanun jenayah di Persekutuan.

“Jadi itu penting kerana telah wujud apa yang dipanggil dalam perlembagaan kita, negeri tidak boleh buat undang-undang enakmen yang bercanggah ataupun bertindih dengan Akta Parlimen,” katanya.

Ditanya gesaan pihak tertentu supaya Perlembagaan Persekutuan dipinda untuk memperkasakan undang-undang syariah, beliau berkata, kerajaan akan meminta Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), menteri agama, menteri undang-undang serta pihak berkaitan untuk melihat keperluan itu.

Mahkamah Persekutuan semalam membatalkan 16 peruntukan kesalahan dalam Enakmen Kanun Jenayah Syariah (I) Kelantan 2019 yang dikemukakan Nik Elin Zurina Nik Abdul Rashid (tengah) dan anak perempuannya, Tengku Yasmin Nastasha Tengku Abdul Rahman (kanan). – Abdul Razak Latif/Scoop, 10 Februari, 2024

Semalam, Mahkamah Persekutuan membatalkan 16 peruntukan kesalahan dalam Enakmen Kanun Jenayah Syariah (I) Kelantan 2019 yang dikemukakan peguam Nik Elin Zurina Nik Abdul Rashid dan anak perempuannya, Tengku Yasmin Nastasha Tengku Abdul Rahman.

Ketua Hakim Negara, Tun Tengku Maimun Tuan Man, yang mengetuai panel sembilan panel, menyampaikan keputusan majoriti Hakim 8-1 di mana mereka mengekalkan Seksyen 13 (menjual atau memberikan anak kepada bukan Islam atau orang Islam yang rosak akhlaknya).

Susulan itu, Perikatan Nasional (PN) mendakwa, keputusan Mahkamah Persekutuan itu memperlihatkan terdapat kelompongan serius dalam bidang kuasa berkaitan Hak Menganut dan Mengamal (profess and practice) majoriti rakyat Malaysia. – 10 Februari, 2024

Topics

Hangat

Mamak restaurants’ group to sue TikTok user for defaming industry

The Malaysian Muslim Restaurant Owners’ Association (Presma) will proceed with suing a TikTok user for making defamatory claims about food preparation and cleanliness at mamak restaurants.

Punk venue Rumah Api faces relocation amid financial struggles, festival fallout

After eight years of operating on the top floor of Menara MPAJ in Ampang Jaya, local punk music venue Rumah Api will be relocating later this year due to increased rental and related arrears that accumulated during the Covid-19 pandemic.

Stormy afternoon leads to another fallen tree in KL, this time on Jalan Pinang

Road is temporarily closed with circulating photos showing the tree smashing into a vehicle as it was raining heavily

Related